October 17, 2011
Roseola Infantum
Hari Sabtu lepas, miss polkadot saya yang kat atas ni baru baik dari diserang Roseola Infantum ni. Wah, bahasa saintifik bukan main. Kalau bahasa kita ni kena campak halus. Memula hari Isnin petang tu masa saya ambik dari nursery dah start demam dah. Berterusan sampai hari Khamis. Sekarang ni tetiap bulan si Maysa ni demam. Tapi nasib baikla dia demam tak muntah. Merengek, nangis je la. Kesian anak mummy ni.
Hari Jumaat hari tu dah sihat hantar lah nursery. Petang tu masa nak ambik terkejut sangat tengok muka dia naik ruam halus merah-merah banyak sangat. Ingat ke sabab panas ke apa kan. Bila call mak ayah tanya rupanya campak halus. Terus bawak klinik malam tu. So sahla anak mummy kesayangan ni kena campak. Demam yang sebelum tu adalah simptom awal dia nak kena campak. Nasib lah campak ni tak sakit ke apa. Naik ruam. Yang banyak naik kat muka, perut and last skali kaki. Tang muka la kesian. Kurang comel dah anak mummy hari tu.
But now, dah sihat dah sepenuhnya. Alhamdulillah tak kena lama-lama. Harap-harap nanti masa visit daddy tak demam la yea sayang. Huhu. Untuk further reading boleh click sini. ROSEOLA INFANTUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Firas pun pernak kena. At first memang terkejut tengok anak merah-merah sana sini. Sian..
Tula.ksian sbb ruam tu bnyk sgt. Nasib baikla xlm kena.
Post a Comment