December 13, 2011

BambooLite Weekly Giveaway!

Dulu masa pregnantkan Maysa memang dah tanam niat nak breastfeed dan cloth diapering Maysa. Tapi sampai hari ni Maysa dah masuk 9 bulan dah pon masih tak terbuat-buat yang satu tu. Hehe. Alhamdulillah sekarang ni Maysa masih minum susu mummy dia walaupun dah tak 100%. Yang ni nanti saya cerita lah yea. Tang berCD tu sampai hari ni sekeping CD pon tak beli. Asyik tengok, belek-belek je CD tapi tak beli-beli jugak sampai kesudah.

Sebenarnya bukan apa. Rasa macam tak mampu je nak basuh, keringkan bagai kan. Kalau tak nak basuh tiap-tiap hari kena beli banyak sekaligus tapi tula kewangan pulak tak memgizinkan nak beli banyak-banyak. Hehe. Banyakla pulak alasan kan kalau dah malas tu. Huhu. Agaknya sebab sifat malas tu yang kuat. Bagi pakai yang pakai buang lagi senang. Lepas tu mulala dok survey tempak mana yang ada sale. Hehe. Tapi pakai yang pakai buang ni panas. Kesian kulit baby kan. Kita yang dewasa ni pon bila pakai pad lama-lama dah rasa berlengas semacam.

Kebetulan BambooLite ada buat giveaway yang best ni so tetiba saya rasa bersemangat nak bagi Maysa pakai CD. Mana tau if menang mungkin akan jadi permulaan Maysa berCD pulak kan. Kesian Maysa tu mummy dia pemalas sikit. Hehe. BambooLite akan bagi giveaway setiap Isnin dimana pemenangnya akan dipilih secara random. So hopefully sayalah antara the lucky one tu. Hehe. Bila tengok CD BambooLite ni boleh meleleh air liur tengok corak-corak yang comel tu. Huhu.



Oklah pada yang nak mencuba nasib dan memulakan amalan murni berCD ni boleh click BambooLite atau poster kat atas tu untuk maklumat lanjut. Kalau tak menang pon tak bermakna tak boleh berCD.


No comments: