1) Nak siapkan thesis & nak konvo
Hrmm..masih lagi dalam takuk writing. Mula-mula dah siap 3 chapter tapi bila dah SV check banyak yang kena reject so kena buat balik. Jadinya my progress pergi balik ke 0%. Frankly, semangat saya pon dah sampai 0. Tapi saya tau saya kena habiskan jugak by hook or by crook. InshaAllah penghujungnya nanti mesti manis kan. Tapi nak dapat yang manis tu memang pahit sangat sampai nak telan pon tak daya. Saya salute sangat pada yang buat master by research and sambil kerja. Macam mana la mereka boleh bahagikan masa. Bukan saya tak salute yang buat master course work or cuti belajar ke apa tapi kesusahan yang dilalui oleh orang-orang macam saya agak lebih sedikit. Tambah lagi bila dah jadi ibu. Malam memang saya tak mampu nak stay up. Tengah menyusukan Maysa pon bleh black-out tengok-tengok dah pagi.Hurmmm... Tapi saya seharusnya tak putus asa. Biarlah baby steps pon yang pasti sampai jugak kan. Amin.
2) Nak fully BF lil' baby
Alhamdulillah, hingga hari ni Maysa 9 bulan 17 hari saya masih menyusukan Maysa. Walaupun campur dengan soy milk bila bekalan susu saya merudum tapi masih fully direct BF bila tak pergi nursery. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada saya untuk menyusukan Maysa sehingga hari ini. Saat menyusukan Maysa adalah paling indah walaupun sakit belakang, tak cukup tido, asyik lapar je dan selalu sakit digigit Maysa. Bila tenung mata Maysa yang tengok mummy masa menyusukan dia rasa indah sangat. Sambil tangan dia tunjuk mulut mummy, tunjuk hidung mummy, tunjuk mata mummy. Syukur Allah SWT beri ketabahan pada saya untuk pump susu Maysa kat opis walaupun kadang-kadang rasa malas sangat. Huhu. InshaAllah, another 1 year and 3 months to go. Amin.
3) Nak cari keja tetap
Ok. Ini adalah one of my sad story jugak lah. To dated, saya dah applied more than 70 job applications. Huhu. Ha banyakkan. Setiap hari ada je yang saya apply. Dari minimum qualifications sampaila ke Manager kot. Haha. Alhamdulillah, dari banyak-banyak tu 5 panggil interview dan saya hanya attend 4 ja. Tapi 3 tak berjaya dan 1 lagi belum tau result. Sekarang saya dah macam kebal pergi interview. Dulu awal-awal takut bukan main. Sekarang ni saya redah je, jawab sesedap rasa, goreng-goreng sikit dan jadi diri sendiri. Agaknya sebab tu tak dapat kot. Hehe. Tapi tulah if saya ada kabel besaq kan senang. Tak payah tetiap hari apply sana-sini. Goyang kaki terus dapat job. Pastu prestasi hampeh. Huhu. Eh teremo pulak. Takpa, kita sabar yea. Rezeki Allah SWT tentukan bukan kabel besaq ke tak.
4) Nak holiday ber-3
Boleh pulak holiday jadi resolution yea. Ntah hapa-hapa. Hehe. Tapi ni kira tercapai lah kot dengan bercuti ke Miri. Wahhh boleh pulak Miri. Kira acilah kan sebab jalan-jalan jugak tu. Holiday ni patutnya jadi yearly activity lah kan. Since saya & Maysa berjauhan dengan daddy, cuti-cuti macam ni lah penting untuk kita spend masa alone bertiga. So untuk next year saya nak bercruiseeeeeee pulak yea daddy. Request macam suami tokei kapal pulak yea.
My next year resolutions pulak;
- Saya nak konvo!
- Saya nak dapat kerja tetap.
- Saya nak tinggal sebumbung dengan suami saya!
- Saya nak bagi Maysa adik ( if #2 & #3 tercapai)
No comments:
Post a Comment