February 10, 2012
11 Months
Maysa dah 11 bulan hari ni. Wee! Masih tak boleh berjalan lagi dan rambut tak tumbuh-tumbuh lagi. Dah pandai makan nasi keras dah. Dah nak masuk 4 batang gigi. 2 bawah, 2 atas. Masih mengalami separation anxiety. Tak boleh suara tinggi sikit cepat je nak sedih. Pandai berlakon buat-buat nangis dan batuk. Paling geli dekat tangan, dada dengan celah peha. Tak suka pakai baju dan pakai pampers. Dah pandai marah-marah. Masih panggil mummy dengan mi mi mi. Pandai sebut bird. Suka sangat tengok cat tapi kalau cat dekat peluk mummy punya kuat. Pantang tengok orang minum or makan mesti nak jugak. Dah pandai suapkan mummy makanan. Masih menyusu badan dan menggigit nipple mummy. Suka sangat main aci ligan walaupun tak boleh lari lagi. Malam-malam still bangun nak menyusu. Sebelum tido mesti "mengemas" dulu baru tido. Suka sangat mengutip benda kat lantai dan makan wire. Dah boleh berdiri sekejap-sekejap. Suka tenung strangers. Kalau dengar lagu badan mesti nak goyang. Pagi-pagi pergi nursery mesti nangis. Suka sangat panjat-panjat badan mummy. Mempunyai skill menyusu yang pelbagai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
mas.leh g tiara beach resort @ PD.. pool safe kit utk bb.. http://tiarabeachmurah.blogspot.com/
Post a Comment