February 3, 2012

Anak Lelaki ke Anak Perempuan?

Hari ni nak share tips macam mana nak dapatkan anak lelaki or anak perempuan. Tips ni saya just buat summary dari apa yang saya baca dari website. Berapa percent kejayaan tu tak tau lah kan dan tak tau mendapat scientifically approved atau tidak. Tapi dari segi technicallynya boleh lah nak cuba. Hehe.

Apapon sebagai seorang Muslim, anak lelaki ke perempuan ke sama sahaja. Anak adalah amanah dan kurniaan dari Nya. Asalkan sihat dan sempurna syukur Alhamdulillah kan.



1. Glucose Level
    - Kalau ikut IVF researcher if blood glucose levels kita high, dapat menggalakkan perkembangan dan pembentukan male embryos. Macam mana nak tinggikan glucose level? Skip breakfast if nak baby girl and jangan skip breakfast if nak baby boy.

2. Calorie Intake
    - Dari study yang dah dibuat (sorry tak jumpa journal study tu), sesiapa yang ambik high calorie diet around the time they were ovulating, ada 10 peratus peluang untuk dapat baby boy. Yea, percentage tu rendah tapi masih ada harapan kan. If nak baby girl, kena ambik low calorie diet lah yea.

3. Bananas or Beans
   - A study from the Netherlands (again no scientific paper, sorry guys!) found, perempuan yang mengamalkan diet mengandungi tahap potassium dan sodium (bananas, tomatoes, apricots, meats) tinggi lebih cenderung akan pregnantkan baby boy manakala bagi perempuan yang consumed a lots of calcium and magnasium (beans, nuts, spinach) akan dapat baby girl! 

4. Keep cool?
   - Ada yang percaya if nak baby girls, a man's testicles should be cool before sex. So pada daddy yang nak baby girl kena pakai boxer over emmm tighty-whitey's supaya more airy. Pada daddy yang nak baby boy kena la pakai seluar kecik tiga segi tu yea. Huhu.

5. Right Position
    - Secara amnya (pada yang study biologi, refresh skit syllabus form 3 biologi yea) daddy yang menjadi penentu membawa chromosome X ataupun Y. Mummy hanya membawa chromosome X sahaja. Sperm yang membawa chromosome X ni lebih besar, lebih active dan dapat hidup lebih lama berbanding sperm yang membawa chromosme Y yang lebih kecil, kurang active dan jangka hayat yang singkat. Ok, habis class biologi now come to the interesting part. Jadi if nak baby boy, daddy kena buat deep penetration untuk deposits sperms dekat dengan cervix. Why? Sebab nak bagi lil swimmers yang bawak chromsome Y cepat sampai ke ovum. Kalau nak baby girl, daddy kena buat sebaliknya ok?

6. Ohhhhhh!Ohhhh!
   - Ok mummy, if nak baby boy kena go for the BIG-O ok? Bukan yang fake punya so daddy, please take note! Why? Sebab lepas orgasm, dikatakan badan mummy akan hasilkan chemicals yang menjadikan vaginal environment alkaline. Lil' swimmers Y sukakan keadaan yang beralkali. Ada juga yang suruh cuci vaginal menggunakan pembersih vaginal tu untuk menjadikannya beralkali. Juga dipercayai bila mummy orgasm, contraction of the womb akan membantu lil' Y kita ni supaya berenang lebih laju.

7. Ovulate
   - Pada mummy yang period cyclenya tetap boleh cuba kaedah kira-kira ni. If nak baby girl kena have sex beberapa hari sebelum ovulate. Kenapa?Ingat tak lesson yang saya bagi di point 5 tadi? Sebab lil' X jangka hayatnya lebih lama jadi sebelum mummy ovulate, lil' X mungkin akan buat tour, melepak-lepak dalam cervix mummy dulu sebelum tunggu ovum muncul. By time ovum keluar, lil' X bleh la buat high 5! Tapi untuk baby boy, kena buat pada hari ovulasi tu. 

8. Sleep Position
   - Jika nak baby girl, selepas bersama amalkan tidur beralih ke kiri. Jika nak baby boy, beralih ke kanan. Ini saya tak sure sebab apa. Tak dapat jumpa the reason.

9. Doa
   - Last but not least, sebagai muslim, semua usaha perlulah diiringi dengan doa. Kita merancang tapi Dia yang menentukan.
   

Ok guys, harapnya tips yang saya listkan ni dapat membantu saya dan semua. Kalau tak dapat gender yang diingini pon tak apa la. Allah dah kurniakan anak pon satu hadiah yang dah tak terhingga besarnya.

Nampak gayanya next hadiah anniversary daddy Maysa suar kecik tiga segi la yea. Kui kui kui. Peace daddy! Ok lah kena sambung buat kerja. Bye semua.

1 comment:

w|cKa` said... [Reply]

good info.. laki aku balik nnt mmg aku nak try utk girl pulak.. harap bejaya la dpt lady dragon utk kawan ngan male tiger.. haha