February 9, 2012

Disposable Diaper Review

Hari ni nak share pasal experience saya pakaikan Maysa beberapa jenis brand disposable diapers. Alhamdulillah kulit Maysa tak lah sensitif sampai kena pakai certain brand je. Hopefully info ni boleh bantu moms to be dan moms yang lain jugak. Saya pon selalu baca-baca review pasal yang mana satu diapers yang murah tapi selesa sebab sayangkan duit buang macam tu je. Jadi kenala jadi pengguna dan mummy yang bijak! Hehe.

Dulu masa newborn saya belikan Maysa brand Huggies untuk newborn tapi tak pakai sebab tak muat uols!! Hehe. Maysa dah kena pakai size S masa tu. Jadinya sedekah je la semua diapers newborn tu kat mummy katil depan saya. Ish ish ish Maysa.


Huggies Dry Comfort
Antara banyak-banyak yang saya cuba, ni paling saya suka. Tak tebal sangat dan cutting dia cantik. So far Maysa tak pernah bocor lagi. Rashes pon tak ada. Paling suka pita pelekat dia yang senang nak pakai. Punggung Maysa pon kering je and tak la rasa macam berkuap sangat. Tapi yang ni saya beli bila ada sale je. Kalau ada sale memang beli banyak-banyak buat stock. Kalau tak sale tak payahla beli sebab RM50 lebih. Tak berbaloi. Selalunya saya pakaikan Maysa waktu malam dan masa nak jalan-jalan.

Petpet
Ni pon saya suka jugak sebab pertama sekali harganya yang berpatutan. Bila sale lagilah murah kan. Jadinya Petpet ni memang saya buat stock jugak bila ada sale. Yang ni saya pakaikan bila kat rumah and bekalkan ke nursery. Cutting dia besar sikit kalau compare dengan Huggies. Tape dia so far ok tak pernah bagi masalah lagi kat saya. Rashes pon tak ada. Punggung Maysa pon kering dan tak berkuap.

Drypers WeeWee Dry
Diaper ni saya pernah beli sekali je and tak berapa puas hati sangat. Kalau untuk harga memang ok. Yang saa tak suka tu dia punya pita pelekat tu kadang-kadang bila dah bukak tak boleh lekat balik. So memang membazir sebab dah tak boleh pakai. Kadang-kadang baru bukak nak lekat dah tak boleh lekat. Memang ke tong sampah la jawabnya. Maysa pakai ni kadang-kadang bocor. Agak stress la jugak sebab tak pernah bocor tetiba pakai ni bocor. Huhu.


Diapex
Saya cuba Diapex setelah baca banyak review oleh moms yang lain yang kata diaper ni ok. Dari segi harga memang ok. Saya guna 1 pack saja lepas tu dah tak stock dah Diapex ni. Saya tak berapa suka sebab tak berapa cloth like. Untuk Maysa dan saya maybe tak berapa sesuai kot. Ntahla kenapa saya tak suka. eh, boleh pulak bagi review camni yea.


Fitti Basic
Ok diaper ni saya baru je guna sebab hari tu ada sale so grab je sebab nak try. Sebab murah sangat kan. Lagipon ramai je moms kata diaper ni ok. Lesson to learned: Tak semestinya ok untuk orang lain, ok untuk kita. Bila pakai diaper ni Maysa start develop rashes kat area anus dia. Tiap kali dia buang air besar mesti jadi. So tiap kali tukar diaper dia, saya mesti sapu dengan Bepanthene dulu then baru ok. Agak tebal jugak dan so far tak penah bocor lagi. Tapi punggung Maysa agak basah dan berkuap which explain why dia naik rashes tu. Pasni, babai Fitti.

Nasihat saya pada moms yang nak bertukar diapers ni sila try dulu pack kecik-kecik or mintak sample pada  company tu. Kalau anak jenis kulit tak sensitif boleh je main try-try diapers ni tapi if anak yang selalu naik rashes tu baik stick dengan brand yang sesuai je.

Selamat mencuba!

3 comments:

w|cKa` said... [Reply]

Iman hanya boleh pakai huggies dry comfort, huggies ultra, dan mamipoko ja.. kesimpulannya mami pokai la nak yg mahal je.. huhuhu.. aku try huggies dry yg biru, petpet naik rashes teruk gile.. tp bepanthene mmg elok. kalo rashes je letak ni terus lega..

Mommy Meh said... [Reply]

sebab tu la maysa xpakai mami poko.mahal kot.hehe.selagi boleh pakai yang murah, belasah je.nampak sangatla iman ni kulit mahai.high maintenance ni. hehe.

bepanthene memang terbaik kan.pakai ja terus elok.

hazlif said... [Reply]

setuju, anak-anak aku pun pakai huggies ultra.. pernah pakai CD, tapi mak dia malas nak bilas sebelum basuh..hehehe