February 24, 2012

Product Review: Bengkung

Kali ni saya buat review 2 jenis bengkung sekali lah. Satu bengkung untuk baby a.k.a barut dan satu lagi bengkung untuk mummy. Masa saya pregnant dulu saya ada buat checklist dan dalam list tu ada sekali barut dan bengkung.

1) Barut baby


Barut ni saya beli online. Hasil jahitan memang baik sekali. Kemas je. Warna pon menarik sangat. Barut velcro memang terbaiklah if dapat baby yang kena cepat-cepat pakai baju macam Maysa kesayangan saya tu. Kalau lepas mandi kena zupp zupp zupp siapkan dia. So semasa ayah saya mandikan Maysa (yea, ayah saya yang mandikan Maysa dulu) saya akan siap-siap letakkan baju, pastu letak pampers lepas tu letak barut. Siap-siap bedak, lotion dan minyak yu yee kat sebelah. Kalau ayah saya banyak masa sebelum pergi kerja dia akan siapkan Maysa. If dia dah lambat nak ke sekolah saya la yang akan siapkan Maysa. Tau lah kan jenis barut ikat ni. Berejam nak siapkan tambahan pulak Maysa nangis je bila nak pakai baju. Cemas mummy dia. Haha. Eh pnjang pulak cerita.

Anyhoo, bila dah pakaikan untuk Maysa saya tak suka pulak. Sebab velcro dia agak keras so kadang-kadang kena kulit Maysa dah merah-merah jadinya. Agak tebal jugak dan tak sesuai untuk cuaca di Utara masa tu. Sebab kawasan Utara memangla panas, bahang sangat-sangat. Maysa selalu tak selesa. Kalau pakai malam dan duduk dalam aircond ok la. Yang tak bestnya lagi bila basuh, warna turun la pulak. Last-last saya tak pakai pon. Pakai bila stok barut bersih dah tak ada. Yang saya rasa best barut yang beli kat baby store or supermarket. Kain pon lembut je. Jenis sejuk.


2) Bengkung Mummy



Bengkung ni saya beli kat sini. Masa beli saya ke rumah penjualnya terus sebab nak tengok dulu camna rupanya kan. Harganya dalam RM200 lebih. Agak mahal sikit tapi sangat puas hati. Saya memang nak pakai bengkung yang jenis wrap ni sebab sebelum ni dah pernah tengok kesusahan kakak saya pakai jenis bengkung tali macam baby tu (anak 1st) dan bengkung tali yang jenis silang-silang kat depan tu (anak 2nd).

Untuk jenis bengkung tali tu leceh sebab nak kena ikat satu-satu. Kain dahla panjang kan, dengan letak herba-herba lagi lepas tu kena mintak tolong orang ikatkan if nak ketat sedap. Bila nak kencing ke berak ke nak pakai balik terus malas. Yang bengkung kedua tu lagi la leceh. Jenuh nak bagi ketat. Bila nak kencing or berak menangis nak bukak balik. Nak pakai balik memang tak la kan. Belum lagi dengan gatalnya. Kalau dapat anak yang menangis memang tak dak masa la nak berikat bagai.

Oleh sebab tu saya beli yang wrap. Mahal sikit tak apa asalkan senang. Memang suka sangat. Kalau ada orang tak suka pakai bengkung saya suka sangat. Sebab senang nak pakai. Nak adjust ketat mana pon boleh. Pakai sendiri je tak payah nak mintak tolong orang. Hasilnya masa dalam pantang, perut saya flat kalah anak dara. Tak ada gelebeh-gelebeh wokayyy! Bila lepas pantang errrr..Hahaha.

Actually lepas pantang pon still bleh pakai macam pakai bengkung biasa. Kainnya pon tak panas. Takla nak bergaru je perut tu. Yang ni memang saya rekemen. Sila masukkan dalam list puan-puan sekalian. Oh lupa, bengkung ni actually untuk yang bersalin caesarean tapi yang normal pon boleh sangatttt.

4 comments:

KimeYongAli said... [Reply]

meh...bengkung ni free size ke?

Mommy Meh said... [Reply]

ada size S-XL. try hang email dia tanya size yg sesuai. sebab dulu aku p try kat umah dia.

w|cKa` said... [Reply]

iman xpenah lansung pakai barut dari lahir sampai skang.. mak aku ckp xyah pakai sbb kesian tgk anak kak aku pakai sampai ke dada.. bukan kat perut. so anak aku dia kata toksah pakai lansung.. aku pon xpenah pakai bengkung jugak sbb aku xbeli pon utk ceaser.. sebaik la kami 2 branak xkembung perut.. huhu

mama chinta said... [Reply]

meh..ai pun beli kat online yang sama cam ko..mybabycomel.. n ai kan golongan mak-mak nak cepat gak..so beli la yang velcro zap je.. cepat memamg cepat..tp yg tak best, kadang-kadang zapnye melekat kat baju bile basuh/lipat/sidai/pakai.. sama la ngan chinta, abis merah-merah sebab kena bucu bengkung.. so lepas ni anak-anak-anak yang seterusnya.. nak beli yang jenis tali...hahahhahaa