Esoknya baru saya perasan ada putih-putih kat keliling mulut dia, 2-2 belah inner checks dia ada putih. Lidah memang penuh putih. Saya try lap dengan kain napkin sebab nak make sure yang tu kot-kot milk residue tapi sebab tak hilang memang sah la kulat. Patutla dia tak lalu makan, asyik nangis je. So bawak dia p klinik, memang confirm dia kena oral thrush. Dr bagi Decozol ngan antibiotik. Alhamdulillah hari ni saya tengok kat keliling mulut, 2-2 belah inner cheeks dah tak ada putih-putih. Tinggal lidah je lagi. Tengok seminggu ni camna, if masih ada lagi saya nak bawak Maysa pergi klinik lain pulak.
Anak Mummy.
Pasni saya kena jaga kebersihan dengan lebih baik lagi. Tak tau la sebab apa Maysa kena. Maybe sebab hari Jumaat tu saya terlupa bagi botol susu, saya bagi puting je. So diorang guna botol susu cousin Maysa (yang lepas tu saya confirmkan dengan akak, dia tak ada pon bagi botol susu lebih). Maybe ntah botol susu tu dah berkulat ke apa ke kan. Or maybe sebab nipple saya pon ada kulat (tapi saya check memang tak ada). Or maybe jugak sebab Maysa ni suka mengutip benda-benda kat lantai.
Semoga Maysa cepat sembuh dan makan nasib banyak-banyak macam selalu. Mummy minta maaf sebab tinggikan suara kat Maysa. Mummy betul-betul rasa sedih. Sebab mummy tak jaga Maysa elok-elok, Maysa yang kena marah. Semoga lepas ni saya dapat control kemarahan saya. Bad mummy!

No comments:
Post a Comment