June 15, 2012

Car Seat oh Car Seat

Bila pregnant sekali lagi yang paling best rasanya tang shopping barang baby la kot. Hehe. Walaupun anak kedua tapi masih ada je yang kena buat penambah baikan. Ye la tu. Hehe. Bila dapat tau pregnant dah terfikir camna nak angkut 2 budak bawak p nursery. If rumah atas tanah senang la kan. Kereta depan pintu angkut adik dulu pastu baru angkut kakaknya (kakak overdose manja so tak leh tinggal sensorang kang meraung ja keja dia). Ni rumah tinggi la sangat. Nak tolak stroller macam style Maysa dulu tak leh sebab now dah pakai stroller lain pastu berat kot stroller tu. Tak kuasa nak melipat bagai. Lagipon bonet kereta kecik, stroller gabak.

Jadinya yang terlintas beli carrier je la. Lagipon bleh jugak jadikan car seat. So dah setel 2 masalah kat situ. Adik angkut guna carrier, kakak yang overdose manja kena dukung. Nak suruh jalan kaki lemah longlai lagi kan baru bangun tido. Rasanya dia tak nak pon jalan, mesti nak berdukung ja la dengan mummy dia. Oleh sebab stroller Maysa boleh boh carrier sekali terpaksala cari carrier Maxi Cosi jugaklah. Tak sure plak if adapter Buzz boleh pakai ke kat brand lain. Pastu Maxi Cosi kalau harganya macam Sweet Cherry tak apa la. Ini harganya boleh bayar keta mummy sebulan kot. Dahla tukang cop duitnya sorang je skang ni. Hehehe. Sian daddy Maysa yea. Nasib tak botak. Perut mesti maju kedepan, bak kata orang lambang kekayaan. Kui kui kui. Puiiii.



Ha camnilah rupanya selepas Buzz bersama Cabriofix bersatu. 


Nak jalan jalan pon senang boleh letak ja dekat stroller. Kali ni dengan harapan adik suka la duduk dalam stroller. Macam Maysa ni dah tak dapat dah nak buat apa. Jalan penyelesaiannya adalah mari kita beli Ergo pulak yea daddy. Saya dah tak larat nak pakai pouch sebab Maysa dah semakin comel. Kalau ada Ergo boleh back carry la harapnya. Skang ni sebokla mummy daddy Maysa google Cabriofix pulak. Beli secondhand je la yea. Yang baru mahal sangat. Huhu.

Oleh sebab dah google bagai kesian pulak dekat Maysa sebab car seat skang macam sempit ja untuk dia. Cukup cukup bahu dia ja. Kesian macam tak bleh nak bergerak bebas pulak. Pastu carseat ni macam kedalam skit, so tak lah tinggi untuk Maysa tengok luar kan. Walaupun dah 1 tahun 3 bulan dia berbakti tapi agaknya kena upgrade jugaklah untuk Maysa. Kalau ikut mummy dia ni, nak Maxi Cosi Opal. Harga memang terbaik lah. Bleh 2x bayar keta mummy dia. Hehe. Tapi sejak pertama kali bertentang mata face to face terus berkenan. Huhu.


Ciri cirinya semua menepati apa yang saya nak. Boleh recline, boleh facing depan, belakang, padding yang empuk, tinggi dan tang bahu tu agak luas compare yang skang la. Tapi yang ni dalam mimpi je lah. Yang 2nd pon harga boleh tersedak. Sedar sedar lah diri tu gaji berapa la sangat kan. Huhu. Jadinya pangkah lah yang ni. Nanti mummy cari lain yea Maysa. Sian dia skang duduk car seat ala padding pad mummy ja. Hehe. Oklah, mummy perlu teruskan misi mencari carseat untuk adik dan Maysa. Semoga daddy tabah membaca entry kali ni. Huhuhu.



Maysa masa ni muat lagi tang bahu tu. Skang dah muat muat. Hehe. Senyum sampai mata tinggal 1 baris. Korang boleh buat? Hahaha.

3 comments:

tiHa said... [Reply]

tahniah Mas..dh brapa bulan ni & due bila..??

Mommy Meh said... [Reply]

baru 15w kak tiha. jauh lagi ni ha. due inshaAllah 7 dis nanti.

w|cKa` said... [Reply]

meh, cube hg try tgk kat fb zaahirah mohammad.. dia dok uk. bleh beli carseat murah sket esp kalo time sale..1 lagi hg try la train maysa jadi independent. iman sejak nak jadi abg ni sgt independent. dia mcm dah sgt ready utk jadi abg..