January 31, 2013

Welcome Cinta Hati Mummy & Daddy


Mirqal Zayyan Zaharulanuar
10 Disember 2012
3.5 kg

Selamat tahun baru semua. Lama gila tak update. Hehe. Zayyan pon dah nak masuk 2 bulan dah. Sebelum saya jadi makin malas dan terlupa baik saya tulis pengalaman lahirkan Zayyan. Hopefully satu hari nanti Zayyan boleh baca apa yang mummy tulis.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya selamat melahirkan anak kedua yang dah overdue 3 hari. Hehe. Lega sebab tak payah induce.


9 Disember 2012

Dah overdue 2 hari. EDD 7 Disember tapi saya masih relax lagi sebab sebelum ni Maysa pon overdue 10 hari. Tapi masih berdoa supaya baby cepat keluar and tak payah kena induce. Syukur petang tu dah ada blood show dah. Sakit ada la sikit. Tapi mild sangat so ajak suami makan cake dulu kat Secret Recipe. Hehe. Nanti dah pantang terliur lak kan. Malam dah start sakit tapi biasa ja lagi. Saya just catat masa contraction ja la. Plan saya dah sakit sangat baru nak p hospital sebab malas nak duduk hospital sorang-sorang. Hehe. Pas dah tido kan Maysa, saya try tido tapi tak boleh lak. Tetiba rasa takut lak if pergi lambat ke hospital. Pukul 2.30 pagi saya kejut suami kata nak p hospital. Masa tu tak la sakit sangat tapi pikir at least kat hospital boleh depa check apa yang patut kan.

Dah sampai macam biasa lah kena soal siasat apa yang patut then check bukaan. Bukaan masa tu baru 2cm. Frust saya sebab ingat ke dah 5 cm ke apa kan. Hehe. Lepas buat CTG semua check in la ward. Saya try tido tapi tak boleh nak tido sebab dah mula sakit. Huhu. Jadinya saya tak tido pon. Asyik berangan je.


10 Disember 2012

Sampai ke pagi saya tak tido menahan sakit. Rupanya prosedur kat hospital daerah ni depa tak mai buat VE kecuali patient mintak. So sebab saya dah rasa sakit sangat saya pon request nak VE. Sempat breakfast dulu sebelum masuk labour room. Kali ni memang saya makan sampai licin walaupun tak berapa nak lalu sebab tak nak dah pitam and tak nak warded lama-lama. Hehe. Pas makan semua baru masuk labour room.

Masa time melawat dalam pukul 1 tengah hari tu husband masuk labour room kejap. Masa tu memang dah sakit sangat dah. Berpeluh-peluh tahan sakit. Lega sikit bila husband datang usap-usap kepala. Lepas ja husband keluar memang dah tak tahan sangat rasa nak push. Oleh sebab saya ni nampak macam relax ja nurse pon ingat ke saya tak sakit. Sampai saya bersungguh-sungguh kata sakit baru la dia nak percaya. Bila saya request nak push nurse pon check bukaan and tadaaa dah fully dilated dah. Masa ni memang tak sempat nak panggil husband. Tapi kalau panggil pon tak guna sebab rupanya husband dah balik. Hehe.

Tapi saya ok ja push sorang-sorang. Bila dah siap semua saya pon push dengan sekuat tenaga yang ada. Kali ni pasukan sorak tak ramai sangat. Kurang meriah labour room saya hari tu. Lepas 3 kali push dalam masa 5 minit keluarlah hero yang kami tunggu. Happy sebab tak payah episiotomy. Tapi still ada tear 1 degree. Kata nurse saya push kuat sangat sebab tu koyak. Haishhh push kuat pon salah rupanya. Kali ni saya memang push tak berteknik. Patutnya bila contraction datang baru push. Tapi saya push ja walaupun tau belum time lagi. Rupanya naluri ibu tu betul sebab Zayyan dah terlilit tali pusat kat leher dia.

Tapi syukur alhamdulillah Zayyan baik-baik saja. Kali ni saya memang trauma tang jahit. Jahit hidup-hidup without bius yea. Dahla bersalin pon saya tak ambik apa-apa pain killer ke apa. Rupanya kat hospital tu memang jahit without bius. Adala bius jenis sapu tu. Sedangkan kita cucuk ambik darah pon terasa sakit cubalah bayangkan jahit hidup pulak tu. Yea, meraung saya. Sampai menggigil. Memang serius sakit gila babi sampai menangis, meraung pastu rasa nak pitam semua ada. Hehe.

Petang tu baru husband datang tengok baby. Maysa kata sian mummy sakit. Hehe. Alhamdulillah esoknya terus balik rumah. Sekian cerita saya. Ada yang lupa tapi camtu lah lebih kurang. Hehe. Syukur teramat sangat atas anugerah yang tak ternilai ni. Now I'm a mother of two. Yippie!

No comments: