Halu halu.
Hari ni nak cerita pasal ketagihan yang semakin menular. Tak tau lah fasa ke berapa punya ketagihan. Ketagih dengan cloth diaper. Alhamdulillah, finally dapat jugak pakaikan cd untuk Maysa & Zayyan. Berjaya pakaikan masa siang dan juga malam. Tapi sebab stash saya tak banyak so selang-selang la pakai.
Saya dah niat nak pakaikan cd ni sejak pregnantkan Maysa lagi. Tapi masa tu macam tak yakin boleh buat. So memang tinggal angan-angan je la. Lepas tu masa pregnantkan Zayyan try beli 4 helai dulu. Beli brand biasa je Qqbaby dan Coolababy. Lepas dah bersalinkan Zayyan pon masih tak berapa yakin. Dan alhamdulillah lepas 5 bulan saya start pakaikan anak-anak cd.
Dengan hanya 4 cd ni la anak-anak dok ulang pakai. First day pakaikan cd dekat anak rasa seronok sangat sebab berjaya survive the day. Paling takut if anak berak kan. Tapi rupanya senang gila kot nak basuh. Sembur ja memang terus bersih. Paling excited bila nak sidai sebab rasa seronok ja tengok cd bersusun.
Skang dah mula ketagih nak tambah stash lagi. Currently dah selamat beli cd online cuma tak sampai lagi. Tak sabar hoihhh. Saya beli semua yang murah-murah and yang preloved je. Nak beli yang import-import ni tak mampu. Yang biasa-biasa pon dah ok so tak payah nak membazir beli yang mahal. If siapa-siapa yang baru nak start berjinak dalam arena cd ni saya suggest beli brand yang biasa-biasa and beli pada seller yang tengah buat jualan murah or clearance. Seriously memang berbaloi-baloi. Tang ni kena rajin survey la. Oh jangan lupa nego harga. No harm pon kalau seller tu tak bagi discount kan. Hehe.
Selepas ni saya kena berhenti sebentar dari tengok cd. Harus sedar diri ni bukan ada pendapatan tetap bulanan pon. Jadi jangan syok sangat nak membeli. Hehe. Agaknya cukupla kot apa yang dah beli. If ada yang betul-betul worth for money barulah beli.
So mak-mak semua jomla bercd. Hati pasti akan tenang dan seronok. Hehe. Ok, jumpa lagi di lain hari. Cepatlah pagi sebab dah excited ni nak tunggu my fluffy mail.

No comments:
Post a Comment