May 20, 2013

Love & Hate Relationship


 Alhamdulillah almost satu minggu dah berjaya pakai kan cloth diaper untuk anak-anak. Dah pass pakai siang dah malam tapi outing belom pass lagi. Hehe. Macam tak percaya pulak rupanya pakai cd ni sangat lah senang. 2 tahun lepas asyik ragu-ragu ja boleh ke tak. Agaknya saya ni jenis fikir banyak sangat dan sepatutnya berubah menjadi tak payah fikir, redah ja. Hehe.


Rupanya pakai cd ni bukan setakat menjimatkan tapi dah jadi macam terapi diri lak. Sekarang saya selalu akan check ada matahari ke tak. If matahari macam bersinar terang tu kalut-kalut nak basuh cd and sidai cepat-cepat. Tengok cd tersidai tu rasa tenang sangat. Rasa macam nak sorok-sorok intai cd tengah sidai. Tak tau apa motif nak intai. Padahal tengok je lah kan dah cd kau. Haha. Masa memula bagi pakai takut sangat kalau anak berak. Padahal senang gila kot. Pancut air ja terus putih berseri. Seriously tak rasa pon susah. Kenapa lah dari awal tak pakaikan cd. Masa ada income dulu mesti dah bertimbun cd saya beli. Sekarang harap belas ihsan suami je lah. Huuuuuuuu.


Dah rasa ketagih pulak nak beli cd. Ni lah bad side nya. Tangan gatal je nak membeli. Gerammmm kot. Semua page kat Facebook pasal cd saya join. Dah macam stalker ke hapa saya ni. Tapi di sebalik syok membeli bila dah dapat ha amik kau kena buat prewash. Serius paling tak suka. Sebab tak sabar nak pakai dah malas nak prewash banyak kali. Tapi prewash ni penting sangat sebab kang ada yang bocor lak kan. Dah jadi satu hal kena lap. Setakat ni yang saya guna semuanya brand yang mampu milik. Beli yang murah ja. As long as tak bocor tak kesah pon brand murah.

Sekian cerita saya pasal perhubungan cinta dan benci saya terhadap cloth diaper. Next masuk wishlist nak beli cd print animals pulakkk. Kui kui kui. Cukup cukup sudah.

No comments: