January 31, 2008

7

Hari ni nak cerita pasal mempelajari dan menguasi Bahasa Inggeris. Suka ke tak dengan Bahasa Inggeris?Aku sukaaaa sangat. Tapi, aku punya kemahiran tak sampai lagi tahap memuaskan. Cuba tengok entry tajuk ni ----> Trustworthy. Kalau sesapa rajin sila la betulkan. Hehehe. Tapi at least, aku mencuba jugak untuk menulis dalam English kan? Aku dari umur 10 tahun dah g kelas English tapi hampeh je English aku. Tambah-tambah grammar. Haihhh...Ntah bila nak betul, tepat dan telus ntah. Wahaha. Aku ni memang slow sikit kalau bab-bab grammar. Aku pon tak pasti kenapa zaman sekolah kecik-kecik dulu aku tak tekun belajar. Sama la macam Tajwid. Yang ni pon sama naik tunggang langgang ngan grammar. Tapi skang aku dah mula belajar Tajwid. Untuk permulaan aku dah beli buku Surah Yassin yang ada tajwid sekali. Hehehe..

Aku takla ada masalah sangat kalau nak tulis English kalau karangan tu tajuknya 'My Family'. Tapi kalau tajuknya ' Innovative Planting Technique in Establishment of Mangrove Species Using Comp-Pillow' camne? Susah jugak tu. Aku kalau setakat I Love You, You Love Me, pejam mata pon boleh tulis. Ni ntah scientific words mana ntah aku nak korek. Wahaha. Jadi aku telah berjaya mendapatkan 7 petua untuk mempelajari dan menguasai dengan lebih berkesan. Harap-harap dapatla membantu aku yang lembap ini. Bawah ini ada rumusan dari En. Osman Affan. Untuk lebih huraian, click link yang aku bagi kat bawah okie?



Petua 1 - Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
Petua 2 - Kuasai perbendaharaan kata.
Petua 3 - Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
Petua 4 - Fikir dalam Bahasa Inggeris.
Petua 5 - Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
Petua 6 - Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
Petua 7 - Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.


Furth
er reading:http://www.osmanaffan.com/petua-pandai-bahasa-inggeris.htm


Jadi, marilah kita mula belajar dan menguasi Bahasa Inggeris.
Muahxxxx!

No comments: