March 19, 2009

Oh, Stop Me Please!

Pada masa ini ada 3 perkara yang akan membuatkan aku berbelanja. Pertama sekali adalah membeli buku cerita. Bulan ni sahaja dah dekat 10 buah buku aku beli. Tapi blame jugak pada sale yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Tak akan nak tolak dari membeli buku yang dijual dengan 90% diskaun? Itu dah menolak rejeki dah tu. Hehe. Bila fikir balik macam membazir sahaja. Yelah, kalau beli buku yang menambah pengetahuan macam "Mencari Permata Yang Hilang" barulah kata tak membazir betul tak? Haha. Jadi, sekarang perlu mengubah diri untuk tidak memasuki mana-mana kedai buku yang tertulis diskaun kepada ahli.

Kedua, adalah berbelanja membeli barangan dapur seperti capati sejuk beku, capati sejuk beku dan capati sejuk beku. Kawan seofis aku kata kalau makan capati boleh kurus kerana capati tidak menggunakan minyak. Ingat tak lagi azam tahun ni? Jadi mesti makan capati untuk kurus. Haha. Selain capati aku juga suka membeli makanan dalam tin. Ntah kenapa. Semua ni berlaku sejak akhir-akhir ini. Perkara ini mesti berhenti segera.

Ketiga dan yang terakhir serta penyebab utama berlaku susutan duit adalah berbelanja peralatan rumah di IKEA. Hujung minggu mesti nak ke IKEA. Jadilah kalau dapat beli gelas harga RM4.90 pon dah puas hati. Sighh.. Apalah IKEA bubuh kat kedai dia sampai aku tido pon memeluk katalog IKEA. Ini sungguh kronik. Perkara ini mesti diberhentikan segera selepas aku membeli meja makan dan rak buku. Barulah tenang agaknya.

Sekian update aku kali ini berkenaan 3 perkara yang merungsingkan aku.

5 comments:

shafzan.m said... [Reply]

aku ada 3 bende gak nk komen..
1. alasan je ada sale tu
2. alasan je hg nk kurus pasal tu kena beli capati laa makanan lam tin laa
3. alasan je ikea ada taruk sumthing lam kedai dia..

ALASAN je ang tu meh oi...hahaha

Pojiepooh Abdullah said... [Reply]

amboiiii..
hg mmg giler kan meh!

Nurul said... [Reply]

hahaha...
abeh la ang....
wabak ikea ni memang bahaya....

Bibi Intan Suraya said... [Reply]

2 kerisauan yg atas tu ok apa...yg ikea tu kot perlu diubati ckit2 :)

Mommy Meh said... [Reply]

Afzan: Ok apa alasan aku. Hehe

Pojie: Belum lagi segila hang tau.

Udeq: Tu la wei. Aku tunggu hangpa mai, xmai2 pon.

Kak Bibi: Kak Bibiiiiiiiiiiii!!!. Betul tu. Hehe