November 15, 2010

Baby Bag

Saja google nak tengok baby bag. Banyak cantik-cantik. Harga pon cantik jugak. Melebih-lebih pulak nak beli beg bagai. Letak dalam bag besaq beli kat pasar malam sudah. Ye tak? Hehe.

Tapi dok saja-saja tu terbekenan kat baby bag Coach. Wah ngancam yea. Bukan setakat Coach ja LV pon bukan main cantik. Secantik harganya lah kan. Tapi sebabkan saya ni kadar pendapatan average saja, jadi dapat berangan je la. Hehe.

Nyummehhhh

Kiut je kan warnanya. Geram la pulak. Tak pa la, bak kata suami tercinta saya, nak letak taik pon pakai bag mahal kot. Hehe. Ayat mematikan nafsu ok. Tak pa, kat Petaling Street pon ada aih bag lagu tu kan? Bukan orang tau pon. Lalala.

Oleh sebab suami tercinta saya tu cinta sangat dengan saya dia tanya berapa harga. Saya cakap 358. Pastu dia macam nak suruh saya beli ja. Then saya tambah, bukan RM tapi $. Gelak suami saya. Hehe.

Ok. Cukuplah berangan-angan hari ni. Banyak lagi benda saya nak beli daripada beli baby bag Coach ni (ayat orang tak mampu camtulah. Huhu).

No comments: