November 15, 2010

Syukur

Masa saya tengah blog hoping saya termasuk ke satu blog ni. Dia cerita camna usaha dia nak dapat baby. Masa saya baca, saya macam emosi sikit. Macam kesiannya, sedihnya. Dulu masa saya tak kawen lagi and orang asyik tanya saya bila nak kawen saya mesti stress. Bila tengok member kawen, hati saya mesti sedih. Macam suami saya selalu cakap, masanya akan tiba. Dan alhamdulillah, masa tu dah pon tiba dan saya sangat bahagia.

Lepas dah kawen mesti orang tanya dah pregnant ke tak. Saya pon orang tanya masa baru sebulan saya kawen. Tapi masa tu saya dah tau saya pregnant tapi saya jawab baru sebulan ja kawen. Saya bukan nak menafikan tapi apa tujuan dia tanya soalan camtu sedangkan saya baru sebulan kawen. Saya faham perasaan orang yang kena jawab soalan-soalan tak masuk akal tu. Tapi tak boleh nak salahkan orang yang bertanya juga.

Semua orang yang kawen mesti nak baby. Bila asyik orang tanya bila nak ada baby mestilah lagi stress. Macam orang tanya dulu bila nak kawen. Buat kawan-kawan yang masih menanti si comel dalam perut, jangan sedih-sedih. Saya tau, saya cakap camni pon tak memberi kesan bukan saya yang mengalami kan. Tapi kita tengok pada orang yang tidak bernasib baik dari kita. Mungkin Allah SWT ada rancangan yang lebih hebat dari apa yang kita mahu.

Sementara tu kita bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Masa saya 1st trimester ada ketika saya menyesal ada baby. Saya jadi stress sebab saya asyik muntah, lemah. Suami tak ada kat sisi. Penah saya termuntah atas katil sebab saya tak sempat nak ke bilik air. Saya sendiri yang cuci muntah sambil menangis. Kadang-kadang saya muntah sampai terkencing-kencing dalam seluar. Saya memang tak ada energy langsung. Saya fikir nak balik umah ja. Nak duduk dengan mak saya. Saya selalu nangis. Tapi lepas 2nd trimester saya dah sihat, saya bleeding pulak. Hancur luluh hati saya. Baru saya sedar saya sangat-sangat-sangat sayangkan baby saya. Sekarang saya sanggup lalui balik saat-saat saya sakit dulu sebab baru tau betapa indahnya jadi ibu. Bila saya cakap, baby respon dengan tendang-tendang perut, saya bahagia sangat.

Bab kewangan ni saya rasa semua pun tau. Yang ni saya terkilan sikit sebab tak dapat kumpul duit buat baby. List saya masih banyak yang belum digariskan tapi duit saya dah menyusut. Semua ibu bapa akan cuba nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan. Jadi anggaplah sementara tiada si comel ni kumpul duit banyak-banyak. By the time si comel hadir, kamu semua boleh beri yang terbaik untuk baby. Mesti simpan sikit duit untuk baby. Banyak pakai duit ni macam sama ja kamu nak kawen skali lagi.

Apapon, saya sangat-sangat bersyukur atas kehadiran insan baru ni. Saya cuma harap baby saya sihat dan sempurna. Pada kawan-kawan yang masih menunggu anugerah ni, sama-sama kita doa pada Allah SWT. Dia yang mengetahui segalanya. Usaha selagi yang boleh.

No comments: