December 10, 2010

All The Beautiful Things

First and foremost, nak ucap thanx pada suami banyak-banyak sebab macam-macam dah buat pada saya. Patutnya semua suami pon macam tu lah kan. Dari mengemas rumah, masak, basuh baju, sidai kain, lipat baju, jadi driver saya, jadi tukang urut tak terlatih, tido pon tak cukup sebab asyik terjaga, menjadi banker saya dan macam-macam lagi lah yang saya tak terucap kat sini. Semalam dah dapat swing idaman saya. Hehe. Sekali lagi, terima kasih suami. Hehe.


Saya beli online kat Mama Q Store. Masa tu ada promotion so dapatla murah sikit. Tu pon saya dan suami penat survey sana sini nak cari yang murah. Harap-harap pelaburan kali ni memberi keuntungan jangka panjang lah yea. Semoga Allah SWT permudahkan niat saya nak BF lil' baby selama yang mungkin. Dah beli pump mahal ni kena semangat lebihla. Kalau tak sia-sia duit suami saya.

So far saya dah ada 20 storage bottle bumble bee pastu tambah 2 yang dapat free and 2 medela punya. Total storage bottle ada 24. Harap-harap saya berjaya lah yea mengumpul EBM. Hehe. Untuk feeding bottle saya beli The First Years. Beli untuk try dulu if lil' baby bleh terima then bleh beli lagi 3 bottles. Untuk sterilizer and warmer saya beli Little Bean punya. Nanti bila lil' baby dah kuar nak beli warmer untuk letak kat nursery. So nanti BS tak payah susah-susah nak panaskan EBM. Rasanya dah cukup kot gear yang diperlukan. Hehe.


Storage bottle


Feeding bottle


Sterilizer & warmer


Doakan saya berjaya yea. Hehe. Duit dah banyak habis jadi tak boleh main-main. Semua ni adalah untuk kebaikan lil' baby jugak kan. Hehe. Setakat ni tak ada review apa-apa lagi la kan dari saya. Nanti bila lil' baby dah kuar saya sharekan ok ke tak pasal benda-benda ni.

Oh, lupa pulak. Terima kasih suami sebab belikan saya handbag baru. Hehe.

5 comments:

Anonymous said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... [Reply]

bole tnya tak brp rm sterilizer tu n kat mane?

Meh said... [Reply]

Beli kat jusco au2 masa jcard day.kalu xsilap harga pas diskaun rm159 kot.kat butik anakku pon ada.

peNgHuNi dUniA said... [Reply]

meh,due date ko bile nie.... take care ye...

Mommy Meh said... [Reply]

edd aku 2 mac tahun depan. inshaAllah. doakanlah semuanya baik2 yea. hehe.