December 14, 2010

Meet My Lil' Baby

Selepas mencari-cari tempat untuk 3d scan yang murah, ramai suggest pergi ke Vision College. So semalam adalah appointment untuk berjumpa lil' baby. Perasaan adalah excited. Nak ke situ tak susah pon sebab map yang diberikan adalah cukup jelas. Sampai-sampai kena isi borang dulu then time untuk jumpa si kecil.

Masa mula-mula nak scan tu lil' baby meniarap pulak la dalam perut. Haishh, menguji kesabaran betul. Sementara tunggu dia pusing, ambik dulu measurement semua. So far, semuanya dalam keadaan baik. Lil' baby dah 1.2 kg. Cepat ja naik berat. Last week baru 900g lebih. Pastu kena ngiring sebab lil' baby lambat sangat nak pusing. Baru la nampak muka dia. Masa nak scan tu sebok ja dia nak tendang jugak.

Ok, meh sini meet lil' baby. Hidung kembang semangkuk macam mak dia jugak. Huhu. Banyak gambaq yang dia bagi tapi saja bubuh gambaq yang rasa paling comel. Tak kan nak letak gambaq anak nampak lubang hidung kan. Hehe.


Ok yang ni yang 2d dari sisi. Kalau dari sisi hidung macam daddy ja. Tapi dari depan kembang ja mummy tengok. Huhu. Takpa la nak oi, kembang-kembang pon mummy sayang sangat. Duduk diam-diam, membesar dengan baik dan keluar sampai waktunya yea.


Ada video sekali. Tapi slow la pulak nak upload. Tengok video lagi geram sebab tengok dia menguap, jelir-jelir lidah, senyum-senyum. Hishhhh...Hehe. Masa scan tergelak-gelak tengok lil' baby. Yang excited daddynya lah. Hehehe.

Masa scan kali ni dapat tengok gender skali. Tempat scan ni bagus sebab clear ja. Tak la macam tempat monthly checkup tu sampai diri sendiri pon tak tau apa benda kat screen tu. So, me is:



Alhamdulillah, bleh jadi geng saya. Hehe. Nanti saya ngandungkan lagi geng daddy pulak yea. Aminnnn... Anyhoo, thanx suami. Hehe.

Ok, sesiapa yang nak scan kat situ call ja untuk buat appointment. Charge hanyalah RM90 and akan dapat cd yang ada gambar and video.

3 comments:

Ombak Jahat said... [Reply]

bestnyaaaaaa......bila thn la turn aku plak..waaaaaa

Mommy Meh said... [Reply]

hg nak tengok aku meraung bila turn aku konvo pulak kaaaaa?waaaaaaaa.......... nak konvo!!!!!!

peNgHuNi dUniA said... [Reply]

bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..............