Macam yang dah semua tau saya dah overdue dari EDD. Jadinya pada 9 Mac tu kena jugak p hospital untuk buat apa yang patut. Sebenarnya 2 hari before tu, bangun pagi ja mesti rasa basah macam terkencing. Tapi takla basah lencun. Sebab tak berbau, tak berwarna so buat tak tau ja padahal besar kemungkinan dah leaking dah. Berani betul. Mommies to be yang lain if jadi macam ni kena p jumpa Dr ok. Jangan ikut saya. Boleh mengundang bahaya kat baby.
Malam tu dah ada bloody show dah. Sebab tak sakit so tak p hospital. Lagipon esok memang nak kena p jugak kan. Mak pon cakap tak payah p awal-awal. Jadinya saya pon tidoq dengan nyenyaknya dengan berdengkur sekali.
9 Mac 2011
Pagi tu siap-siap semua nak p hospital dah. Masa ni tak berdebar lagi. Relax je kan. Macam nak p shopping pulak. Dah sampai terus je ke labour room. Buat urusan daftar semua bagai. Pastu kena masuk bilik untuk Dr check. Pastu Dr nak check bukaan. Ok, masa ni dah start nervous. Tibalah masanya seluk-menyeluk akan berlaku. Dah nasib hari tu dapat Dr pelatih so saya menjadi kuiz "mari teka berapa cm bukaannya". Pada masa tu saja 4 kali kena seluk. Sigh.. Trauma ok. Masa tu bukaan dah 2-3cm. Lepas aktiviti seluk-menyeluk terus rasa sakit nak beranak. Hehe. Sebelum tu relax je kan kehulu kehilir memboyot. Pastu scan baby pulak. Masa ni anggaran berat dalam 3.2-3.6kg. Berpeluh jugaklah masa dengar berat dia. Lepas dah setel semua kena warded lah apa lagi. Tak bestnyaa.. :(
Masuk ward, tukar baju semua. Masa ni tak sakit lagi. Masa ni relax ja dok baca paper bagai. Bila time melawat dah habis, mulala rasa sedih sebab dah nak kena tinggal. Husband pon sedih sampai sanggup nak tidoq dalam kereta. Tapi nak buat apa kan sama ja bukan boleh jumpa pon. Jadinya semua pon balik tinggal lah saya kesedihan. Nurse ada pesan kalau sakit tekan loceng. Sampai ke pagi saya tak tekan pon loceng. Bila nurse datang check tanya sakit ke tak saya kata tak. Sebenarnya sakit dah masa tu. Tidoq pon asyik terjaga bila datang sakit. Tapi sebab tak nak kena seluk and takut frust bukaan camtu ja so tahan je la. Hehe.
10 Mac 2011
Paginya bila Dr datang check tanya sakit ke tak saya kata sakit tapi bleh tahan lagi. Tengok tu sanggup menahan dari kena seluk. Tapi kena jugak seluk pagi tu. Check bukaan dah 6cm. Dr kata saya ni bagus sebab 6cm tapi still kata sakit bleh tahan. Hehe. Masa Dr ni check bukaan tak la sesakit Dr semalam tu buat. Nurse pon datang bawak wilcha nak masuk labour room dah. Dalam hati eh nak bersalin dah ka. Tepon husband dulu sebelum masuk. Masuk ja labour room terus rasa kecut perut. Tetiba macam tak mau bersalin lak. Masa tu penuh ibu-ibu yang tengah berjuang untuk si kecik jugak. Masuk labour room dalam pukul 10 pagi camtu.
Macam biasa la nurse buat check apa yang patut sementara tunggu fully dilated. Pesanan yang banyak sangat saya dapat adalah "Jangan angkat punggung". Jadinya yang tu je la dalam otak. Contraction makin lama makin menggila. Haha. Yang ni lawak ok, nurse tanya saya ada rasa nak berak ke? Saya kata, tadi pagi saya dah berak dah. Pastu nurse gelak-gelak. Rupanya berak tu maknanya nak beranak la. Ohhhhhhh..mana la nak tau kannn. Masa nak dekat bersalin tu omak aiii contraction dia tu sakit ya amat. Saya pegang katil sampai bergoyang katil tu. Nurse tanya saya sakit sangat ke?Saya kata a ah. Nak push boleh tak? Masa tu baru tau rasanya memang nak terberak. Rasa ada benda dok tolak kat punggung tapi sakitnya infinity lagi dari sakit sembelit.
Nurse yang baik ati tu pon check bukaan saya and ajar cara nak push. Pas dah try nurse kata saya pandai push and suruh saya push je terus. Dengan sekelip mata sekeliling saya penuh dengan nurse and Dr. Buat pasukan sorak pulak. Ok lawak masa ni. Semangat depa sorak. Haha. Dalam 10 min aktiviti push keluarla si kecik yang saya dan husband nantikan tu. Masa keluar ja dia terus rasa lega sangat-sangat. Macam taik keras bertahun-tahun tak keluar. Hehe. Dah keluar ja dia riuh pulak la labour room tu sebab baby saya ni besar. Siap ada kata ni baby paling besar depa sambut. Ok fine..hehe. Lepas ja keluar Dr letak baby atas dada saya. Kuat betul nangis. Macam tak percaya saya dah jadi ibu.
Lepas tu sesi keluarkan uri, jahit menjahit dan bersihkan semua la. Jahit serius sakit. Huhu. Lagi sakit dari bersalin tau. Ha ni ada lagi lawak, ada katil sebelah saya tu baru pas bersalin pastu maybe dia terharu la kan tengok baby. Nurse bleh tanya, eh kenapa awak nangis ni? Hehehe. Potong ja nurse ni kan.
Ok sekian sahaja cerita saya. Sorryla kalau ntah hapa-hapa sebab asyik sangkut-sangkut ja tulis. Maysa nak melekat je. So terpaksala simpan kat draft tulis skit-skit.
Bye.
4 comments:
rudit bleh masuk ka masa hg bersalin?
aku bd blog hg rase bedebaqnye nak beranak...mst kecut perut...aku ni dahla gemuruh...hehe
tahniah mas...jadi ka exclusive breastfeed hang?...
afzan: kat hospital tu husband xleh masuk sbb labour room dia pisah antara curtain ja sbb hospital lama.tp skang mostly hospital dah bg husband masuk.hehe
ecah: ala gemuruh ka berdebaq ka mesti boleh pny sbb patient sblah aku dari masuk sampai sudah bersalin keja dia menjerit, meraung ja. senyap pon bila nurse bg ubat pelali tdoq. hehe. dh preggy ka?hehe
anon: so far belum cmpur fm lg so masih xclusive lg la.xtaula esok lusa.huhu
Post a Comment