April 12, 2011

Cerita Kami

Pantang Day 34

Lagi tak berapa hari ja lagi nak habis pantang. Weehuu! Tak sabar nak keluar umah jalan-jalan. Dah bosan dah. Hehe. Saya tak la pantang betul-betul. So far skang ni makan ja yang berpantang. Stoking ka, barut ka, kain batik, jamu bagai dah melayang ntah kemana. Hehe. Masa pregnant hari tu naik 20kg dan semalam timbang kat klinik saya dah hilang 23kg. Weehuuuuu! 3kg tu bonus berjaga malam jadi zombie la kot. Hopefully terus turun dan turun. Haha. Walaupun berat yang turun tu dah boleh jadi duta produk slimming tapi jangan terpedaya yea sebab saya masih bulat jugak. Hehe. Less bulat dari pregnant je lah kan. But, happy ok sebab turun macam sekelip mata. Pas pantang mesti lebih slim lagi supaya bleh jadi hot mommy la kan. Lalala..


Maysa dalam tummy saya 40w. Masa ni saya lagi berat dari suami. Lalaa..Mana tak berat kat tangan tu goreng pisang 1 plastik bekal ok. Hehe.


Bulan depan dah start keja. Kena tinggal baby Maysa kat orang. Hmm..berat hatinya sebab baby saya tu suka mengamuk je. Harap-harap tak meragam lah nanti. Still tak boleh decide nak fully bf ke tak. Sebabnya saya macam tak yakin babysitter tu bleh ikut apa yang saya instruct nanti. Yelah BM ni leceh sikit. Saya tak nakla my baby minum susu yang tercemar ke apa kan. Maybe saya akan bagi FM tapi bila lunch saya datang susukan dia. Tengoklah camna.



Maysa 0-1M

Tempat tidur kedua paling best.


Kalau dah jadi ibu tu maknanya dapat package jadi burung hantu sekali. Maysa punya rutin tidur berubah-ubah.Kadang-kadang tidur siang bukan main lama. Bangun minum susu je. Pastu malam kang mula la berjaga. Kalau jaga je takpa ni sekali package aktiviti melantunkan suara. Pukul 5-6 pagi kang baru tidoq. Bleh bayang ke mak dia camna?Dah tak macam orang dah pon. Hehe. Kalau malam dia tidur lena siang kang berjaga je la.

Maysa dah tak berbedung macam orang lain. Badan semangatkan. So berpeluh je la. Malam-malam tidur ekon berpeluk-pelukkan dengan mommy dia la apa lagi. Maysa lebih suka tidur atas katil dari dalam cot dia. Pastu lagi suka tidur dalam buai dari atas katil. Yang paling fav tidur atas riba mommy yang yummeh tu dari buai. Huhu. Tapi saya suka ja dia lepak atas riba sebab bleh tenung dia sampai juling mata. Hehe.

Maysa dah berat 4.8kg and 55cm. Semakin sihat dan harapnya terus sihat lah yea.


Emm.. Tak tau nak update apa lak. Maysa nak susu. Jumpa lagi. Bye.

1 comment:

w|cKa` said... [Reply]

insyaallah bleh fully bf.. hg bg instruction tu tampal kat tempat letak warmer umah dia.. jgn cepat give up.. try dulu..