April 16, 2011

Life Experiences

Wah tajuk bukan main. Macam banyak sangatlah pengalaman kan. Hehe. Tiap-tiap hari mesti ada perkara yang pertama kali kita buat. Ni antara pengalaman pertama kali saya yang akan diingati sepanjang hayat kot. Huhu.


Episiotomy.

Sebelum bersalin especially anak pertama selalunya Dr dah brief pasal ni. Jadinya saya sedia maklum akan hal ni. Cuma masih berharap yang tak kena epi lah masa tu. Tapi rupanya kena jugak. Masa Dr buat epi ni saya tengah tunggu contraction datang untuk push dan belum betul-betul sakit tetiba zapp kena potong. Saya siap kata aduh, sakitnya. Hehe. Sabar je lah kan. If dia buat masa tengah contraction peak tu maybe tak la terasa. Isk isk isk. Redha je la. Untuk yang tak mau kena epi ni maybe boleh praktis perineal massage. Saya tak sempat nak buat pon. Maybe next baby saya nak buat la. At least boleh jugak kurangkan koyakan kan?


Jahit-menjahit

Hehe. Subtopik macam nak cerita cara nak jahit baju lak. Sebab kena epi so kena lah jahit. Memula jahit ok lagi siap boleh lena lagi. Jahitan ni ada 3 layer. So yang dalam tu ok je and bila yang luar sekali sakitnya hanya Allah je lah yang tau. Yelah hospital tu maybe bius ubat sikit je kan so merasa la meraung sakit. Sakit lagi dari bersalin tu. Dahla bius dah, saya mintak pulak gas lagi tau. Serius menggigil lutut setiap kali jahitan.

Nak jadikan cerita hari ke-8 saya berpantang, jahitan pulak terbukak. Serius malam-malam saya nangis bila tau kena jahit balik. Siap doa pada Allah SWT yang minta-minta esok jahitan tu bercantum sendiri. Huhu. Oleh sebab dah serik hospital kerajaan, saya pon pergi jahit balik kat klinik swasta. Kali ni sebelum start jahit saya dah menggigil. Siap ntah berapa kali tanya sakit ke tak. Actually saya rasa boleh je tahan sakit tu tapi bila kita dah takut sangat, maybe ketahanan sakit tu pon jadi low kan. Siap saya suruh tambah bius lagi. Alhamdulillah, berjaya jugak saya hadapi dugaan Allah yang satu ni. Pas ja semua tu balik ja minum pati gamat & haruan tak skip langsung. Punyala ngeri kan. Syukur skang dah ok. Boleh mengangkang dengan gembiranya. Huhu.


Pengsan

Ni la pertama kali saya pengsan dalam hidup. 2x pulak tu. Selepas bersalin selalunya nurse akan suruh kita bangun kencing. Tak bleh nak baring je sebab nak bagi pengaliran darah tu elok and sebab kena kencing tu tak ingatla. So malam pas bersalin tu nurse datang bilik ajak pergi kencing. Saya pulak dari sebelum bersalin dengan tak cukup tido and makan. Pas bersalin pon minum air milo je. Nasi langsung tak telan sejak sebelum bersalin. Elok je sampai pintu toilet tetiba dunia gelap. Tetiba rasa orang panggil-panggil nama. Mati-mati saya ingat saya tengah tido masa tu. Sedar-sedar rupanya tercelepok depan toilet. Pastu dah duduk semua balik, nurse ajak cuba sekali lagi. Kali ni baru bangun dah collapse balik. Last-last saya kena kencing atas katil je. Merasa la kencing atas bekas apa ntah. Huhu.


Jaundice



Eh bukan saya yang jaundice. Maysa ni ha. Huhu. Hari ke-3 bacaan Maysa 11.8. Patutnya tak payah admit pon tapi Dr ni desak-desak jugak. Adoi. Tensen gila masa tu. Sebab dalam otak nak balik rumah nak rehat, nak tido. Sebab Maysa dah start pandai ngamuk nangis-nangis dah masa tu. Saya lak dengan sakit epi tak habis lagi, dengan tenaga pon tak ada. Mintak transfer pon tak bagi. Geram ok. Last-last admit jugak.

Nak jadi cerita si comel saya tu tak nak duduk bawah lampu tu. Haishh..camna nak balik kan. Paling lama dia duduk pon 10min. Yang banyaknya berkepit ngan mommy dia. Saya ni terpaksa jugakla letak dia walaupun dia nangis sebab nurse dah bising-bising. Maysa nangis dah la kuat siap ketuk-ketuk dinding lagi. Hati ibu mana la yang sanggup tengok anak dia nangis kan. Jadinya bila Maysa nangis, saya pon nangis sekali. Hehe. Tapi syukur sangat bila esoknya Maysa bleh balik walaupun dia duduk sekejap je bawah lampu tu. Pada bakal mommies tu, if anak kena jaundice bagi menyusu banyak-banyak.


Ok, habis dah cerita. Sesiapa yang belum bersalin tu janganla trauma ke takut lak baca cerita ni. Lain orang, lain nasibnya. Semua ni Allah SWT bagi sebagai penghapus dosa. Jadi beruntunglah kita-kita ni yang menjadi wanita. Lagipon bila tengok je muka anak semua kesakitan pon akan hilang. If tanya saya serik ke tak, mestilah tak serik. Sebab bila tengok Maysa rasa berbaloi-baloi apa yang dah dilalui. Hehe.

No comments: