Dulu masa mengandungkan Maysa teringin la stoller Stokke Xplory dan Phil&Teds Smart. Memang tak kan dapat la kan. Harga satu pon dah boleh buat beli motosikal sebuah. Huhu. Jadinya angan-angan tinggal angan-angan je lah. Oleh sebab tak berapa senang sangat masa tu kami berdua settle dengan Sweet Cherry SCR5 je lah untuk Maysa. Ok la jugak. Style pon style. Harga pon masih mampu lagi.
Ingatkan angan-angan tu tinggal impian ja sehinggalah suatu hari suami yang begitu prihatin terhadap angan-angan tak sudah si isteri ni tanya nak tak Stokke. Apa gila ke kalau nak menolak. Hehe. Tapi suami offer yang second je lah. Second pon kira ok la kan sebab harga second pon telan air liur je tengok. Rupanya si suami ni rajin hunting stroller ni untuk penuhi hajat si isteri. Jumpa lah Stokke ni dengan harga start bid RM500. Wahhhh..memang excited la mummy and daddy si Maysa ni. So bid punya bid memang dapatlah pada kami. Tapi yang frustnya bid kami tu tak exceed dia punya minimum harga so dia tak nak jual. Dia nak jual denga harga yang telan-air-liur-je-la-boleh.
Stroller yang memula ingat dapat memiliki rupanya mimpi ngeri saja.
Jadinya frust lah si isteri ni sekali lagi. Hehe. Dah berangan nak memiliki Stokke. Kui kui kui. Jadinya marilah kita mengambil iktibar bahawa Dia lebih mengetahui kenapa Maysa tak dapat naik Stokke. Hehe. Oleh kerana si isteri macam frust je, si suami yang baik hati telah berjanji untuk membelikan Maysa kereta baru jugak. Walaupun bukan Stokke or Phil&Teds tapi kira oklah sebab dapat jugak beli baru. Hehe.
Walaupun tak beli lagi tapi saya mewakili Maysa ingin ucapkan terima kasih kepada daddy sebab sudi belikan Maysa stroller baru. Hehe.
Tak ada kaitan: Ini post ke 555.

No comments:
Post a Comment