December 1, 2011

Welcome December!

Dah December. Cepatnya masa berlalu. Tesis saya tak siap lagi ni camna? Hehe. Susahnya nak buang penyakit M ni. Ni yang susah bila tak ada member yang sama-sama writing tesis. Kalau tak mesti lebih semangat berhibernasi kat library ke apa kan. Nak harap tulis kat rumah memang tak la kan. Dengan penyakit M lagi. Dengan si kecik Maysa tu yang sebok nak menaip jugak. Nak stay up memang tak mampu dah. Menyusu Maysa skang pon sambil pejam je. Macam pagi tadi tengok-tengok saya dan Maysa dah berubah tempat tido. Samada saya yang angkat Maysa or Maysa yang tido merata and saya ikut dia sebab nak bagi susu. Huhu. Nampak sangat tak ingat apa dah.

Eh terpanjang pulak intro. Padahal bukan nak cerita pasal tesis pon. Ceritanya pasal saya godek-godek external hard disk tetiba terjumpa list Wishlist saya yang lama. Dari tahun 2007 sampai 2009. Tapi tak ada pulak untuk tahun 2010 dan 2011. Maybe tak ada wishlist kot tahun tu. Hehe. Dah alang-alang tu saya listkan wishlist 2012. Setakat ni ada 10 benda je. Mostly material ja. Nak tu, nak beli ni la. Hehe. Kalau ikut wishist dari 2007 sampai 2009 ada 1 yang tak tercapai sampai ke hari ni. Wish nak mempunyai berat 55kg. Kui kui kui. Nak tergelak kot bila baca. Ntah bilaaaaaaa tuuuuuuuu. Ntah-ntah sampai bercucu pon tak dapat kot berat tu. Eh tapi mana tau kan kot-kot semangat nak exercise tu tetiba meresap. Ha, terus slim ok. Tapi setakat meresap tapi tak buat memang slim dalam mimpi je lah. Hehe. Ok sebab tak nak drag wish yang ntah berapa lama nak tercapai tu jadinya next wishlist tak dak dah berat-berat ni. As long as suami tak komplen kira orait la kot. Huhu.

Dah hujung tahun so inilah masanya untuk revise azam yang dah dibuat. Tercapai ke tak? Nasib baik azam tahun ni ada sikit ja. Hehe. Tapi yang sikit tu pon ada yang tak tercapai. Hehe. Yang tu nanti-nanti lah kita cerita yea. Ok gotta go. Excited ni sebab daddy Maysa nak pulang esok. Patutnya next year baru boleh jumpa but hey, you never know what the future holds kan? Lalala lalala.



December, the first time mummy and daddy met you!

No comments: