January 2, 2012

2011 Recap

Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu. Rasa sekejap je setahun tu. Ini recap sepanjang tahun 2011 yang bagi saya adalah tahun yang begitu manis buat saya. Tahun yang mengubah 360 degree kehidupan saya.



Januari


Masa ni dah masuk 3rd trimester pregnantkan Maysa. Trimester terakhir yang begitu mencabar. Sebab perut tak larat nak bawak dah dan kaki yang membengkak. Sampai saiz kasut pon bertukar. Sebelum deliver, suami tercinta bawak jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Saja nak suruh exercise sambil spend time masa berdua.



Februari


Bulan ni sebok membeli kelengkapan untuk sambut lil' baby. Dah nama pon anak 1st semua pon nak beli kan. Hujung bulan Februari dah start cuti balik rumah sebab takut terberanak awal tapi rupa-rupanya overdue. Hehe.




Perut bukan main besar bila dah hujung-hujung ni. Masa ni dah bosan tunggu lil'baby tak keluar-keluar lagi. Aktiviti hari-hari masa tu adalah jalan-jalan cari makan je. Hehe.




Mac


Alhamdulillah, setelah overdue 10 hari, our bundle of joy pon tiba safe and sound. Bermulalah episod menjadi seorang ibu. Gembira sangat-sangat dengan kehadiran Nur Maysa Zara ni. Boleh baca pengalaman saya melahirkan Maysa di link tersebut.



Jun


Akhirnya Jun adalah hari terakhir saya berkhidmat sejak 4 tahun lepas. Setelah asyik renew contract je now saya dah officially tamat contract. Part of me rasa sedih sebab mata pencarian dah tiada dan part of me rasa bersyukur dan lega sebab akhirnya saya tidak lagi stress terhadap kerja. Apapon, tempat kerja lama saya beri banyak pengalaman dan mengajar saya banyak benda yang saya tak tau. Walaupun banyak controversial sebelum saya berhenti dulu tapi saya tak kesah. Hati mereka yang busuk lama-lama akan rosak dan tiada apa yang tinggal. Semoga Allah SWT megasihani mereka itu. But saya rindu kawan sebelah partition saya. Maybe she is the only one je kot yang memahami masalah saya. Hope you do well there, mate! So long and good bye!



Aqiqah Maysa yang diadakan di kampung suami. Meriah sangat sebab cucu pertama keluarga suami. Kesian anak mummy sebab petangnya terus demam panas. Sebab terkejut dengan ramai sangat orang kot. Before ni hidup dia hanya mummy dan daddy saja. Hehe. 



Oh, Jun juga adalah ulangtahun perkahwinan saya yang pertama. Tak ada celebration or tukar-tukar hadiah pon since saya pon jobless masa tu. Jadinya we just spent our day jalan-jalan kat taman and ambik family photo je. Maybe next year we should have a proper celebration la kan. Alhamdulillah, setahun yang membahagiakan ditambah dengan kehadiran Maysa. 



Julai

Tahun ni saya dah 27 tahun. Dah tua rupanya yea. Celebrate birthday kat rumah mak dengan Alia. Makan pizza je and birthday cake tahun ni banana choc yang semua tak suka tapi saya sorang je suka. Hehe.



Untuk family yearly vacation tahun ni patutnya ke Surabaya tapi sebab saya dah tak boleh naik flight so saya kena tinggal lah. Huhuhu. So kali ni saya bercuti dalam negara dan yang dekat je la yea. 1 family pergi Bukit Merah Laketown Resort minus daddy Maysa dan Cik Itah. Ni Maysa punya 1st outing ke taman tema air. Suka sangat rupanya anak mummy ni mandi kolam. Hehe.




Ogos

I've got a new job tapi contract. Tapi saya suka sebab less work, a very nice boss, near to my house dan yang penting no stress. Tak ada boss yang gila dan kawan yang ermmm.. talam dua muka? Alhamdulillah and thank you, YOU! You know who you are.

Maysa's 1st Aidilfitri! Tapi kesian sebab without daddy. Daddy kena kerja tahun ni tapi tahun depan inshaAllah dapat beraya sekali. 1st day saya pakai baju raya tahun bila ntah sebab nak bagi sama dengan mak ayah.




September


Maysa dah boleh duduk without support. Budak ni meniarap pon tak boleh tapi dah boleh duduk masa tu.



Maysa's 1st solid food. Agak payah jugak nak bagi Maysa makan. Kena betul-betul dengan taste budnya baru dia layan. Kalau makan pon berapa suap ja. But mummy say no to give up. Tetap masakkan Maysa bubur walaupun dia tak makan. Hehe.



1st time mummy dan Maysa hantar daddy di LCCT selama ni hantar sampai komuter station la, daddy balik sendiri la. Memang emotional. Maybe this is the last time kot hantar daddy kat sana. Buat sedih je kan. Daddy pon tak sebak sangat bila tinggalkan mummy dan Maysa. Better daddy balik sendiri masa mummy pergi opis and Maysa pergi nursery so that bila kami berdua balik rumah rasa macam biasa ja.





November


Bulan yang dinanti-nanti oleh daddy, mummy dan Maysa. Mummy dan Maysa pergi visit daddy kat Miri. Seronok sangat dapat spend cuti sama-sama. Rasa macam nak stay lama-lama je kat Miri so kami bertiga dapat duduk sekali. Ini jugak adalah 1st time Maysa naik kapal terbang. Alhamdulillah, Maysa behave sangat despite of dia terberak dalam flite and mummy tak terus basuhkan. Kui kui kui.



Kena present paper di post graduate colloquium. Oleh sebab saya takut pergi sorang-sorang, saya angkut Maysa and daddy sekali. Hari tu Maysa jadi participant yang paling muda sekali. Siap cakap "dah, dah, dah" pada Prof yang bagi komen. Nasib baik masa mummy present Maysa tak cakap dah. Daddy bawak lari main tepi pantai. Maysa's 1st time naik speed boat. Weehooooo!




Disember


Bulan yang paling banyak interview. Tapi 2 je kot. Lebih dari 1 kira banyak lah kan. Hehe. Still tak ada rezeki lagi. Hujung-hujung ni semua pon dah malas kan. Holiday mood je yang on. So untuk mengisi mood holiday tu we brought Maysa jalan-jalan ke Aquaria. Suka sangat dia tengok fish. Tunjuk sana, tunjuk sini. Hehe.



So, here we are. 2012. Welcome dear! Please, pretty please with a cherry on top, be nice with me!

No comments: