My 1st camera Canon Powershot. Sampai sekarang ada lagi camera tu. My parent belikan masa kat universiti dulu dengan alasan kena ambik banyak gambar untuk assignments/lab work/FYP. Hehe. Eh tapi betul kot. Sebab masa tu tak ramai yang ada digital camera. Masa memula digital camera tak ada display screen tu. Tu pon dah habis jakun dah. Rasa hebat sangat tengok orang ada digital camera. Selalu pinjam digital camera member ambik gambar merapu-rapu. Masa tu still pakai camera AA tu lagi. Camera saya yang dulu tu still ada lagi dan masih elok cuma tang bateri tu la. Dah lama sangat dah pon tak beli-beli rechargeable batei baru.
Selepas tu trend menggunakan DSLR menular. Semua pon kena kerasukan kot. Termasuklah saya yang cukup mudah terpengaruh. Hehe. Oleh sebab nak jugak, saya beli my 1st ever DSLR Nikon D70. Saya dapat dengan harga yang sangat reasonable. Mintak tolong my friend yang study di Jepun. Sangat enjoy ambik gambar guna camera ni. Sayang sangat-sangat sebab bersusah payah kumpul duit kan. But camera ni dah tak ada dah. Sob sob sob. Saya dah jual sebab masa tu saya perlukan wang dan my D70 masa tu dah terperuk ja tak diguna. Terpaksa jual dengan hati yang berat. Walaupun darling husband offer nak belikan DSLR baru untuk ganti my beloved tapi saya tak nak sebab 1) since ada Maysa, saya dah tak cukup tangan nak kelek DSLR & Maysa. 2) saya malas nak belajar aperture semua tu. Dah rasa pakai DSLR kira ok la kan. I miss you baby! Huhu.
Satu lagi trend yang merebak selain DSLR adalah camera lomo. Orang nak berlomo, saya pon nak berlomo. See betapa senangnya saya terjebak benda-benda ni. My 1st camera lomo ada miss Holga 120GCFN. Saya beli online dari Singapore punya shop. Selepas dah guna 2 rolls saya rasa Holga bukan diri saya. Sebab paling utama adalah saya malas nak study pasal Holga. I only knew the surface ja pasal Holga. Tak cukup masa nak study macam-macam sebab saya ni banyak sangat hobi and saya selalu nak cuba buat semua. Then saya decide untuk jual miss Holga. Maybe she is better with other owner yang tau nak appreciate dia. Sob sob sob.
Lepas tu saya ingat maybe saya tak suka Holga sebab susah nak dapatkan medium format film. Jadi saya nak cuba new camera pulak. Kali ni saya cuba toy camera yang still ada effect lomo. Saya beli camera lomo aqua pix online jugak. Nak beli Holga 135 tak ada budget masa tu. So beli yang murah ja. Tapi murah-murah pon saya sangat suka. Gambar yang diambil semua saya suka. Senang sebab pakai film 135mm ja dan nak cuci pulak kat mana-mana pon boleh. Tapi sayangnya camera tu hilang tanpa dikesan. Sangat pelik! Tak tau dan saya tak ingat kat mana last saya simpan. Another sob sob sob sebab saya suka sangat pastu dia boleh hilang pulak. Grrrrr.
Next camera reusable waterproof camera saya beli dekat Krabi. Konon-konon sebab boleh ambik underwater. Camera husband tak ada casing waterproof, camera saya pulak masa tu bawak DSLR. Bila dah cuci semua, saya suka sangat sebab kekonon ada effect lomo jugak. Camera tu ada lagi saya simpan dalam kotak kasut. Saya bagi nama camera tu setahun punya camera sebab pas balik Krabi dulu, setahun lepas tu baru saya cuci gambar-gambar tu. Next nak cuci camera tu adalah bulan 6 nanti pulak. Kiranya dalam sebulan tu 2-3 click je lah saya guna. Huhu.
Lepas dah jual DSLR saya dulu tu, saya beli camera emergency namanya. Masa tu lagi berapa hari nak bersalin kan Maysa dan saya nak camera compact yang boleh letak dalam handbag. Saya beli camera Fujifilem pulak. Walaupun nak sangat Canon masa tu tapi ntahlah hormon apa ntah masa tu beli Fujifilem. Skang ni asyik bagitau darling husband yang saya tak nak camera ni nak beli Canon pulak. Dan tau je lah jawapan dia mestilah tak boleh. Sob sob sob.
Oleh sebab tuuuuuuu..saya berikrar saya nak kumpul duit nak beli camera baru yang saya tak akan hilangkan/jual/menyesal. Hehe. Sebagai permulaan wishlist tahun ini, 2 camera ini adalah idaman sepanjang zaman. Hehe. Yeeee laaa tu.
Pemenang nombor satu di hati:
#1: Nikon 1 J1 - Pink Special Kit.
Pemenang nombor dua di hati:
#2: Yashica EZ Digital F521
Last but not least pemenang hati mummy sepanjang hayat:
Maysa



2 comments:
lawak la hang ni meh..
aku buat lawak ke?
Post a Comment