Today saya nak share my breastfeeding journey yang baru nak masuk 10 bulan. Kalau orang cakap kalau dah lepas 6 bulan tu macam dapat diploma and alhamdulillah saya dah dapat pon diploma tu. Another 2 months untuk dapatkan degree pulak. Amboi bunyi macam senang sangat.
Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Maysa secara exclusive selama 6 bulan. Tiada campuran FM. Satu kebanggaan jugaklah bagi saya sebab it ain't easy. 2 minggu sebelum start kerja saya dah buat stock EBM secukup yang boleh. Walaupun masa tu ada ja nasihat-nasihat yang tak berapa enak didengar dan saya buat pekak ja. Bila dah banyak stock EBM dalam fridge tu mak pulak yang bagi sokongan. Kalau ikut frozen EBM saya tak la meriah macam orang lain yang habis 1 fridge penuh susu. Tapi alhamdulillah kira cukupla untuk Maysa. Selepas dah masuk kerja saya masih teruskan penyusuan. Pam susu di opis sebanyak 3 sessi, makan makanan yang orang kata boleh banyakkan susu dan bila dengan Maysa memang bagi direct feeding ja.
My 1st 7 bottles of frozen EBM. Masa ni asyik bukak peti ais ja nak tengok EBM. Hehe.
Tittle exclusively breastfeed tu terhapus sejak saya jobless selama sebulan hari tu. Selama sebulan tu saya tak pam langsung pon. Semua pon bagi direct ja. Bila dah start kerja, nak pump balik my period datang for the 1st time after bersalinkan Maysa. Time tu lah susu saya dah tak berapa meriah dah. Masa tu jugaklah Maysa dah semakin kuat menyusu. 4 bottles x 5 oz yang saya bekalkan dah tak mencukupi, dan kena bekalkan lebih lagi. Nak jadi cerita pulak frozen EBM yang saya transfer masa pindah rumah dulu banyak yang rosak. Bayangkanlah dahla stock sikit, rosak la pulak. Alahai.. dugaan betul. Oleh sebab masa jobless hari tu saya tak stock up EBM yang dah expired plus period dah datang (susu kurang) plus Maysa kuat minum, plus frozen EBM rosak, so stock saya tak cukup. T_T Jadinya bermula lah episod sedih saya. Terpaksa buat keputusan topup dengan FM.
Pada mommies yang pernah melalui keadaan ni mesti faham betapa confiusnya, marahnya, sedihnya dan kecewa bila ke kedai nak pilih susu. Saya belek susu mana yang nak beli pon dekat sejam. Belum lagi buat research sana sini mana yang elok. Tambahan pulak Maysa ni milk allergy. Banyak kali jugak saya pergi kedai belek susu then keluar kedai dengan tak beli apa pon. Setiap kalai pergi mall or pharmacy mesti pergi belek susu. Padahal susu tu kat mana pon sama. Akhirnya saya beli jugak dengan hati yang berat dan now saya dapat kikis sikit demi sikit perasaan serba salah saya pada Maysa.
Frozen EBM tumpang peti ais mak.
Today, saya masih lagi pump susu tapi 2 sessi ja and bila susu merudum terpaksa buat power pumping. Susu yang hari ni saya pump adalah untuk bekal Maysa esoknya. Oleh sebab Maysa dah makan solid food, dalam lunch bag Maysa saya bekalkan my EBM (2 bottles x 5oz), 1 bekas bubur nasi, 1 bekas biskut/finger food dan formula milk incase 10oz yang saya bekalkan tak cukup. Bila sampai ja rumah terus direct feeding ja. Terutamanya bila waktu malam memang saya bagi dia bergayut ja. Pagi-pagi sebelum anta nursery pon saya akan breastfeed Maysa dulu kenyang-kenyang.
Perasaan sedih sebab tak dapat exclusively breastfeed memang ada. Tapi saya dah cuba yang sebaik mungkin. Ada banyak perkara yang saya dapat belajar dan akan improve jika ada rezeki untuk breastfeed adik Maysa pulak. What you read dekat blog, website, buku, et cetera adalah tidak sama. You have to experienced it first. Pada yang tak fully breastfeed pulak jangan rasa down. Setiap ibu akan bagi yang terbaik untuk anaknya dan hanya ibu tu yang tau apa yang terbaik untuk anaknya.
Frust yea Maysa sampai gigit casing camera mummy. Hehe.


2 comments:
YUP...AKU PUN FRUST SB DH BRENTI BF ALI. MMG X SAMA APE YG KITE BACA DALAM BLOG KAUNSELOR LAKTASI COMPARE DGN EXPERIENCE SNDIRI. AKU MNYSAL SEUMUR HDUP. AKU RASA BERSALAH PD ALI.PD TAHAP SUSU YG KUAR SGT2 CAIR...AKU TPKSA BG ALI FM. BELIEVE ME...SMPAI SKANG ALI REJECT FM UNLESS DIA BTUL2 LAPAR BARU DIA MINUM.KDG2 MINUM 1OZ JE...BADAN ALI PUN DH SUSUT...MAKAN PUN TAK SELERA...AKU RASA BERSALAH PADA ALI...BILA ALI MNANGIS SMPAI SELAK SB LAPAR, TAPI DIA REJECT FM, AKU MMG RASA STRESS...
nasib ali dah makan solid foods kan?sabaqla yea yong. tak pa ni nanti adik ali boleh buat stock ebm banyak2 yea.
Post a Comment