June 28, 2012

Seken Hen

Dok cari lain, pastu terus cari benda lain. Memang buang masa saya ni. Huhu. Orang puteh kan kata "your trash is someone else's treasure". Tapi saya tengok kalau kat Malaysia ni trash trash ni pon mahal la sangat. Kenkadang tu nak dekat sama ngan barang baru. Tapi if solid wood pastu barang rare, vintage kira ok la kan bayar mahal. Saya memang suka barang seken hen especially perabot. Perabot lama lama rasa macam syok ja. Tapi mak saya tak suka dia kata berhantu. Hehe.

Meh saya share apa yang saya jumpa. Mostly kat mudah and google random je. IF saya banyak duit pastu IF saya ada umah sendiri confirm saya beli. Hehe. Tapi realitynya rezeki belom ada dan ada benda lebih penting yang kena di dahulukan. Huhu. Tapi biasala kan kalau orang tu belom ada rezeki dia ja yang nak lebih lebih. Cuba ada duit mesti tak semangat pon nak google bagai ni.



Comel kan? Gagaga. Kalau ada duit terus rembat tak payah nak consult husband bagai. Hehe. Nanti pandai pandai la bagi servis 1st class. Hehe. Ni pas dah scrub, cat lain mesti comel ja. Boleh buat meja menjahit. Ewah menjahit. Mesin jahit pon tak dak. Huhu. Lebih kurang macam yang saya mimpikan kan? 



Ha ni macam umah tok tok dulu kan. Bukan umah tok dulu, umah opah Maysa pon dok pakai lagi kerusi ni. Tapi rumah mak ayah saya jenis rotan. Kerusi kat umah saya tu dah nearly 30years kot. Tapi still mak ayah pakai lagi. Susah sangat nak tukarnya. Orang lain dah berapa puluh kali tukar, mak ayah saya tak pernah tukar lagi. Nampak sangah darah vintage tu mengalir dalam darah saya. Haha. Ok over. Saya suka ja kerusi camni. IF ada, nak tukar fabric ngan cushion tu macam gambar kat bawah ni. Haaaa.. comelllll!


Cantik kan. Baru lah moden skit. Tukar cushion yang seketul panjang terus cantik. Umah mak ayah saya tu susah sebab dari rotan so ada rotan yang dah tak elok. Kalau kayu macam ni senangla nak treat kan.



Ok ni adalah kerusi makan idaman saya. First time saya tengok kat Ikea. Masa tu dah berangan nanti mesti beli. Bila masanya dah ada duit, tengok tengok depa dah discontinue pattern camni. Dah tak dak elek. Tak tau la apa yang bekenan sangat. Masa try dulu rasa comel je.Yang Ikea tu dia lebih melengkung lagi. Orang panggil kerusi camni Windsor Chair. (Now you know!). Harapnya bila sampai masanya saya nak beli ada lagi la ala ala pattern camni.



Alalala comel. Rasanya ramai yang pernah tengok kan display rak yang camni kat umah tok tokwan kita kan. Saya suka kaki dia yang pencil like tu. Macam alahai slim ja kaki kau. Kalau dapat ni buang tinggal dua level je rak tu pastu tukar kaca ngan pintu tertutup pastu jadi la almari baju Maysa. Hehe. Kena la cat warna lain. Tak kan kot pink. Huhu. Comel kan. Aduhai. 



Ha ni macam katil dalam cita P. Ramlee kan? Actually saya tak suka sangat katil yang kat hujung ada penghadang ni. Suka yang penghadang rendah. Tapi yang ni boleh di kecualikan sebab nampak rare kan. Saya suka kaki katil ni. Slim je ha. Tapi tak suka cermin kat kepala tu. Kalau buang yang cermin tu dah perfect untuk saya.

Ok tu je. Kang banyak banyak nampak sangat la buang masa ja saya ni suka google benda tak perlu. Ni semua terpengaruh dengan blog yang suka DIY perabut seken hen. Nampak sangatla saya ni kuat terpengaruh betul. Huhu.

Ok, happy Thursday!Esok Jumaat daddy Maysa pulang. Hip hip hoorayyyyy!

2 comments:

mama chinta said... [Reply]

ayoo...klasik sungguh jiwamu! tak sangka kawanku yang brutal dulu sungguh halus mulus jiwanye..hihi.. dont worry Allah knows when the right time to give us the 'rezeki'.. nanti ada rezeki..sgala impian klasik ko ni tercapai..tapi seyes.. aku pun cam mak ko.takut la perabot lelama ni..hoho *aku ni penakut*..

w|cKa` said... [Reply]

kat a.staq ada byk kedai perabot sekenhen.. kawan mak aku ni doctor pakar hosp swasta tp semua perabot umah dia sekenhen. tp dia buat bg cantik gila. mmg xsangka yg umah sehebat tu adalah semua barang sekenhen. mak aku siap bawa adik, kakakk & anak2 menakan pi lawat umah kawan dia sbb kagum sgt. btw, aku pon suka meja yg 1st tu..