July 3, 2012

Babywearing Part 3

Boleh baca cerita babywearing saya Part 1 dan Part 2. Saya start berbabywearing masa Maysa lebih kurang 7 bulan. Masa tu Maysa memang refuse duduk dalam stroller. Susah bila nak shopping. Especially bila pergi nak beli barang ke kan. Nak kena tolak trolley lagi dengan stroller kosong lagi dengan dukung lagi. So decide beli baby carrier. Masa tu saya tak ada knowledge pasal baby carrier lagi dan saya beli crotch carrier brand My Dear. Nak beli Baby Bjorn macam mahal sangat kan.

Tapi setiap kali pakai Maysa nangis tak nak duduk. 2x try pakai kat luar 2x tu la nangis nak keluar dari carrier. Lagipon saya sendiri yang pakai pon rasa tak selesa macam terjerut, sakit bahu camna ntah. Akhirnya dukung jugaklah baru dia ok. Sejak dari tu memang saya tak pakai dah and jualkan je. Ntah camna saya terbaca pasal babywearing ni. Rupanya ada banyak jenis lagi. Yang biasa saya tengok orang pakai ringsling. Bila dah tau banyak maklumat baru lah perasan ramai je orang yang berpouchla, ring sling la dan macam macam lagi.

Barulah saya tau kenapa Maysa nangis ja sebab mungkin dia tak selesa dengan crotch carrier. Segelintir ibu ibu yang berbabywearing ni memang ada yang banned terus crotch carrier ni. Ada article yang mengatakan crotch carrier ni boleh sebabkan hip dysplasia. Dan ada juga yang mengatakan if baby tu masih kecil ok lagi guna crotch carrier tapi if toddler guna mungkin nampak macam seksa. Cuba tengok gambar bawah ni nampak macam seksa ye tak?


Untuk toddler nampak macam kesian sebab kaki dia dangling camtu kan. Kalau yang kanan lebih stabil dan nampak selesa. Kalau front carry lagi la kesian kan. Saya percaya yang tukang bawak pon tak selesa sebab berat.


Lepas dah baca semua, saya beli pouch. Alhamdulliah Maysa suka sangat. Banyak kali tertido. Kat pasar malam pon boleh tertido. Tapi yang tak bestnya bila anak dah berat, jadi sakit bahu sebab berat hanya disebelah bahu je kan. Pastu mula la nak upgrade nak beli SSC. Tapi SSC memang mahal. Yang import lagi la. Boleh sama harga dengan stroller. Impian nak beli Ergobaby designer collection punya. Tapi harganya alahaiii. Hehe. Tak sampai hati nak suruh husband belikan. Nanti sendiri kumpul duit la yea.

Alhamdullilah recently saya dah beli SSC. Bukan local made bukan designer bagai. Beli yang tak ada cap, made in China. So far, sangat selesa. Memang comfort. Yang saya beli ni murah sangat. Bayangkan la yang murah pon dah comfort apatah lagi kalau harganya RM700 lebih ke apa kan. Maybe weightless terus kot. Huhu. Pada yang nak try SSC boleh la beli yang murah macam saya punya ni. If rasa sesuai barulah boleh invest ke SSC yang lebih canggih manggih lagi.

Ok. Next entry pasal SSC made in China saya. Ada sesiapa ke berminat nak berbabywearing? Saya boleh belikan yang macam saya punya. Hehe.



7 comments:

nieza rawi said... [Reply]

SSC aper mas.. currently pakai yg local nyer. SSC tu ada saiz x.. skrng nk cr utk toddler

Mommy Meh said... [Reply]

SSC = soft structured carrier. yang local brand apa?yg mas punya ni xada size. tak pernah try lagi kat toddler yang 2 tahun ke atas. so far maysa 1thanun 4bulan ok lagi pakai.

tiHa said... [Reply]

brapa riban mas beli??hikhikhik yg mas pakai tu...

Mommy Meh said... [Reply]

Yang mana satu kak tiha?yang pouch tu ke yg SSC?

w|cKa` said... [Reply]

kakak aku ada bagi carrier fisher price kat aku tapi aku xpenah guna pon.. mmg nampak comfortable cuma nak pasang tu renyah sket.. aku beli bjorn active dan sgt bepuas hati..

nieza rawi said... [Reply]

maksud niza. ssc yang ada kat mas tu brand apa.. nk gugel tgk. niza punya localmade=neezaneeedles

Mommy Meh said... [Reply]

Ijan: fisher price ngan bjorn pon crotch carrier. maybe hg bleh try mana2 ssc kot. lagi selesa and senang nak pakai. pakai macam beg galas ja. iman dah besaq boleh back carry.

Nieza: xdak brand. tp china punya la. so far ok la mas pakai. yang ni murah je memang jauhla dengan harga neezaneedles tu.