January 30, 2008

Obsess?Obese?

You chose.

Obsess - To think about something all the time in a way that is not normal.
Obese - Much to fat, in a way that is dangerous to your health.


Semua perempuan dalam dunia ni mestila nak cantik kan? Cantik ini adalah subjektif bagi kebanyakkan orang dan bagi sesetengah orang cantik adalah objektif. Terpulang bagi seseorang untuk memilih or memahami erti cantik tersendiri. Aku rasa semua manusia kat dunia ni nak cantik. Cuma obsess atau tidak je. Jangan terlebih obsess terhadap kecantikan dahla. Eh, obsess terhadap kecantikan dalaman (iman,budi bahasa and yada-yada) di galakkan. Yang tak di gemari ni obsess pada kecantikan luaran okay?

Kali ni aku bukanla nak cerita pasal cantik ke hapa ke tapi just nak share berapa kalori makanan yang kita dah ambik. Bagi kebanyakkan perempuan (ke semua yea?) kalau slim tu mestilah cantik. Sebab, boleh pakai baju cantik-cantik, nanti ramai lelaki suka, or yada-yada. Kalau boleh (or tak nak) semua perempuan tak nak obese kan?(itula sebabnya ada perkataan obese di atas). Dan pada yang tak obese/belum obese/sikit lagi nak obese/dah obese (pilih yang berkenaan sahaja) marilah kita menjaga pemakanan dan badan. Wahaha.

Untuk menjayakan impian ini, marilah kita bermula dengan mengira kalori pemakanan kita (Ntah hapa-hapa la aku merepek). Untuk informasi, dalam sehari kita kena ambik 4000 kalori untuk dapatkan nutrisi yang lengkap dan yang diperlukan oleh badan. Tapi, secara purata, seorang lelai akan membakar 2200 kalori sehari and perempuan lak hanya 1800 kalori. Jadi, kalau kita ambik 4000 kalori sehari dan hanya membakar 1800 kalori sahaja, sudah semestinya lah lagi 2200 kalori akan bersatu dan menjadi satu masyarakat yang paling kita benci = lemak.

Hehehe.

Ingat RO F**M tak pandai cakap pasal kalori ke?Wahaha. Malas la aku nak bebel. Kira a sendiri punya pengambilan kalori. Yang aku bagi ni makanan biasa orang Malaysia. Yang luar Malaysia tu pepandai la korang kira.


Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1.Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1.Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Amacam?Berapa korang ambik sehari? Ni aku bagi contoh kalori yang biasa kita (yang duduk Malaysia) ambik:

Sarapan: Nasi Lemak + Teh Tarik = 1000 Kalori
Makan Tengahari: Nasi Campur + Teh O Ais = 1100 kalori
Makan Malam : Nasi Campur + Air Kosong = 1100 Kalori

Jumlah= 3200 kalori


Perempuan : 1800 - 3200 = 1200 kalori yang tak terbakar (Kan dah bertambah lemak!) and kalau korang bererobik selama sejam (Kiraan untuk individu dengan berat 68kg) = 405 kalori terbakar. So, masih ada 995 kalori lagi yang tak terbakar.

Bawah ni ada 1 link kot-kot la nak click. Aku pon malas nak search. Korang serach la sendiri ek?

1. Counting Calories


Yang aku bagi kalori kat atas tu adalah anggaran. Tapi korang janganla ingat aku cakap anggar korang ingat ok je. Contohnya ada orang cakap roti canai sekeping tanpa kuah adalah 300 kalori. Aku bagi 200 kalori je. So, ikut suka hati korangla nak buat apa. Hehehe. Apapon, I SAYANG YOUUUUU! (Baca macam Tiara OIAM pronounce, okie dokie?)


PEACE!
; )



No comments: